Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Julai 2022 - 2

Winter 2010

laa ni dah pun masuk musim winter, snow pun dah banyak. Kalau winter tak dak snow, macam winter tu tak sempurna. Snow dah mula turun sejak 2 minggu lepaeh. Ingat hujung minggu ni kami sekeluarga dan juga si Arep adik beradik nak pi ke utara Michigan dekat Boyne Mountain, nak pi main ski. Tempat tu tak jauh sangat dari Chicago, cuma drive lebih kurang 5 jam saja kot. Ini bukan kali pertama kami kesini, tahun-tahun yang lepas pun kami dah pi dah tempat ni, dah jadi macam tempat winter vacation untuk kami pulak. sekian dulu untuk entry kali ini ..

Musim Luruh dah jengoi

Ceghita bejalan aku di beghentikan untuk sementara, sebagai tanda simpati aku pada mangsa mangsa bah di Kedah dan jugak Perlis. Bah ni bukan perkara baghu bagi kawasan kampung kak aku yang dok di Empa, satu kampung dekat dengan Wang Tepus. Kadang kadang depa kata, hujan tak dak, ribut tak, tiba tiba ayaq naik, sampai tenggelam semua bendang dan juga kampung kampung yg di kawasan ghendah. Depa kata ni memang biasa pasai depa kata oghang lepaeh ayaq dari Nami. Tapi tak dak oghang nak heboh heboh sangat pasai yang kena bah tu cuma oghang kampung yang dok di kawasan ulu saja. Tapi bah kali ni, kena semua oghang , termasuk yang duduk dipekan dan jugak di rumah rumah taman. Aku ghasa, inilah kesan yang kita terima pasai kita tidak peka dengan alam sekitar. Sungai yang dulu putih jernih, laa ni dah jadi macam warna teh tarik. Sungai dulu mengalir laju, laa ni dah mati. Itu lah negara ku yang tercinta, yang dok ligan ligan nak menjadi negara maju. Tadi, masa aku dok pi jalan ke masjid untuk s

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg V - di Yellowstones National Park, Wyoming

kami dah booking camp-site di sini untuk tidoq sini selama 2 malam. camp-site di Yellowstone ni ada bermacam macam kategory, ada kategory yang sediakan tapak kemah saja, ada yang sedia tapak kemah dengan tempat mandi, ada yang sedia tapak kemah dengan tempat mandi dan juga tempat sambung letrik. walau apa pun yang kita pilih, semua tapak kemah tu ada tempat untuk beghak. Tapi kalau tak dak tempat nak beghak, alamat beghak belakang pokok laa nampaknya. Satu yang menarik pasai tapak kemah ni ialah, sewa dia murah, satu malam cuma kena bayaq dalam $20 sahaja. Tapi bila kita duduk di tapak kemah, kita kena ikut peraturan dia; tak boleh hingaq, tak boleh buang sampah, bila malam lepas pukoi 10 malam diwajibkan senyap sepi. Jadi maknanya kalau nak bercakap masa tuu, kena bisik bisik saja, dan lampu pun tak boleh terang. Kami gunakan masa dua hari untuk jalan jalan di kawasan Yellowstones. Tarikan utama di Yellowstones ialah air pancut panas. pemandangan didepan tapak kemah kami. Ni laa kol

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg IV - South Dakota ke Yellowstones National Park, Wyoming

kami tak dok lama di Mount Rushmore pasai kami memang tak cadang pun nak pi ke situ, cuma plan tu kami buat masa dok dalam kereta. Jadi lepas ambik gambar kami pun terus ke Yellowstones National Park, di Wyoming. Kami bertolak dari Mt Rushmore dalam pukoi 4 petang dah. Kami jangkakan akan sampai ke tempat camping dalam pukoi 1:00 pagi, pasai jaghak jauh ke situ lebih kurang 500 batu (800 km). pemandangan sepanjang perjalanan ke Wyoming beghubah ghubah, jadi kita bawak kereta pun tak ghasa cemuih. lebih kurang 2 jam, kami pun sampai ke sempadan antara South Dakota dan Wyoming, macam biasa jugak.. masa untuk bergambaq, aku ingat semua orang pun tak larat nak pi tangkap gambaq, cuma Keith sorang saja, jadi aku ambik gambaq dia sorang saja. Pasai aku dah sampai sini dulu, dah ada dah gambaq tang sini, jadi aku tak tughun nak ambik gambaq sama. Gambaq ni nampak spoilt sikit, pasai tak nampak signboard belakang pasai dia reflective (balik cahaya) bila kena flash. Kami tak beghenti banyak te

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg III - Tiba di South Dakota

sudah beghenti tiga empat kali di tempat rehat, kami pun sampai di Mt Rushmore, South Dakota. Bagi aku, ni kali kedua kami sampai di Mt Rushmore, kali pertama dulu dalam tahun 2000, aku ghasa macam tak banyak yang beghubah bagi tempoh 10 tahun. Kalau masa aku mula mula mai dulu, GPS aku jadi kacau bilau pasai jalan dia tak update, kali ni pun GPS dia jadi kacau bilau jugak pasai jalan jalan dia tak update, tapi pasai aku dah pernah mai tempat ni, jadi aku buat tak peduli saja arahan GPS tu. ni kami sampai ke papan tanda 'Welcome To ..' apa lagi... ambik gambaq laa .. masa ambik gambaq ni, kebetulan matahari dok suluh betoi betoi depan kamera, jadi kena guna flash nak bagi nampak, kalau tak, semua orang nampak gelap ni laa 4 kepala presiden yang di ukir dibatu di Mt Rushmore, yang memakan masa berpuluh tahun untuk disiapkan. lepaeh ambik gambaq ..kami pun teruskan journey kami ... Bersambung ...!!!

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg II - Minnesota , South Dakota

inilah sebahagian baghang baghang kami, tak celuih nak bubuh dalam, kami bubuh ataeh bumbung, saperti kemah dan barang barang lain. macam ni laa kemudahan yang disediakan untuk pengguna jalan raya yang berjalan jauh untuk berehat dan juga makan bekai yang depa bawak. aku tak tau kalau kemudahan macam ni disediakan dinegara kita. Lepas makan kita buang semua sisa sisa di tempat buang sampah, nanti orang lain pulak boleh guna tempat ni... Lepas makan, sambung lagii .. Dalam perjalanan, kami tukar plan, kami bercadang untuk singgah di Mount Rushmore, South Dakota, disini terdapat ukiran 3 kepala presiden di puncak bukit. ini lah diantara pemandangan yang terdapat disepanjang perjalanan ke South Dakota. Kami terpaksa berhenti rehat sekali lagi.. semua orang dah merungut penat duduk lama lama... sudah lebih kurang 700 batu memandu .. bersambung ...

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg I

kali ni aku nak cerita pasai 'summer vacation' yang kami baru saja pi baghu baghu ni. Kami bertolak daghi ghumah agak awai sikit, waktu suboh pun belum masuk lagi, kami angkut baghang naik van. baghang baghang kami agak banyak jugak, maklumlaa semuanya 7 oghang punya baghang dan kami nak plan akan masa dalam 3 minggu. Jadi biasa laa kalau dah plan nak pi lama, macam macam laa benda dok pi perosok bubuh. antara barang barang yang kami bawak ialah kemah, sleeping-bag, alas tempat tidoq, tong gas, dapoq-gas..mcm mcm lagi pendek kata memang sarat laa van kami. Kami bertolak dari Chicago melalui lebuhraya interstate I-90, melalui pekan Rockford, Madison, dan terus mengikut I-90 West. Bila sampai ke sempadan Wisconsin/Minnesota, matahari pun nak mula naik, jadi kami pun beghenti di kawasan rehat untk rehat dan juga sembahyang suboh disitu. Disini dah kira kira 250 batu dari Chicago. Lepas semayang kami sambung lagi.. tak boleh buang masa lama lama pasai jauh lagi nak cover. Lebih ku

Summer Vacation 2010

tahun ni 2010, musim summer serentak pulak dengan bulan puasa. Tapi kami sekeluarga dan jugak Keith + Mass sekeluarga sudah plan nak pi summer vacation. Tapi pasai Keith+Mass pun dah plan nak mai visit kami disini sebelum kami balik ke Malaysia, jadi kami pun tak boleh nak kata apa laa, ikut jugak laa. Kami punya plan, akan memandu van kami dari chicago ke beberapa tempat disebelah barat termasuk jugak berkemah di Yellowstones dan Lake Tahoe, kemudian kami akan pi singgah di hotel di Anaheim, California untuk 2 minggu sambil berjalan jalan dikawasan berdekatan situ. Aku akan ceghita sikit sebanyak tempat tempat yang kami pi di blog blog yang akan datang. gambaq gambaq kami ada jugak anak aku ( Aimi Hazwan ) yang dok pi bubuh di facebook. Laa nii semua oghang dok pi pelekat macam macam gambaq di facebook.

pasai pokok pokok buah yang dah hilang dari mata

haghi minggu lepas , kami tak tau nak buat apa apa, kami pi dok sembang sembang dengan abang mood dan kak sara, pasai depa pun oghang utagha, jadi sembang pun laju sikit. Haghi tu kami dok sembang pasai pokok pokok dan buah yang dulu ada , tapi laa ni dah hilang megheyop, tak tau pi tang mana. Antara nya : buah kegheyang dot buah setoi buah setay ubi kemili buah mertajam bunga keghak nasik buah jentek daun palas ada macam macam jenis lagi buah dan pokok yang kami sendiri pun tak tau nak sebut. kalau ada usaha jabatan perhutanan buat satu green-house utk preserve pokok pokok lama ni, elok jugak utk pengetahuan jenerasi yang akan datang.

perkataan 'jeghet'

hari ujung minggu yang baghu lepaeh, kami dok sembang sembang dengan kawan kawan yang dok sini, sambey makan makan. kawan kawan ni pun ada yang daghi kedah, dari penang 'tanjong', ada yang daghi selatan , singapo. Jadi sudah baysa laa, bila sembang, oghang utagha akan tetap cakap loghat utagha laa. Dalam dok sembang sembang ada laa sorang tersebut " ... jeghet laa sikit". kalau bahasa kedah "jeghet" tu macam ' ghasa sikit', ... contoh jeghet laa ayaq tu sikit, mungkin penggunaan jeghet di'confuse'kan dengan 'jerit' . lagi pun minggu lepaeh ialah hari bapa, 'Selamat Hari Bapa'. utk semua bapak bapak.

Dual boot mac OS X and Window

kita semua tau yang apple computer dan jugak PC ( yang guna MS windows) tu memang tak sama semenjak dari dulu lagi. Pasai depa dua dua ni guna teknoloji yang berlainan. Tapi semenjak computer apple ( mac ) dah guna chip intel, jadi peluang untuk berckp antara dua dua jenis pc ni agak cerah. Minggu lepas, aku cuba buat dual-boot mac OS X and jugak Windows pada pc aku, jadi laa ni aku boleh guna dua dua operating system ni secara berganti ganti tanpa perlu beli apple computer mac. Untung jgak dengan adanya kemajuan internet, kita boleh mendapat pengajaran secara percuma tanpa perlu pergi ke kelas atau pun tanpa perlu membayar duit untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Disini lah kegunaan kemudahan internet untuk memajukan dirikan sendiri dibidang ilmu pengetahuan. sekian dulu untuk kali ni ...

Sumber Tenaga Baru - Angin

minggu lepaeh, aku pi drive ke sebelah barat illinois hala ke Iowa, masa tengah jalan tu, dah nampak usaha usaha untuk mencari sumber tenaga lain ,selain dari bergantung pada tenaga minyak. Aku nampak dekat satu kawasan tu penuh dengan kipas angin besaq, yang depa dok guna untuk jadi tenaga elektrik. mungkin pasai, minyak pun dah nak habeh dalam peghut bumi, jadi laa ni kena dok pikiaq cari sumber yang lain pulak. Tapi bila dok drive tempat kampung kampung mcm ni, aku ghasa macam aku dok drive dekat aloq belat jgak, tepi bendang .. sekali sekala tu ghasa sayu jgak .. dok ingat masa dulu aku dok pi bendang mengeghat padi, cabut semai, sua semai, minum kopi di batas bendang.

mac - windows

aku tau ada oghang kata aku punya kontent ni banyak cakap pasai IT. apa nak buat , tu yang aku tau cakap, nak cakap pasai politik, sat ada oghang yang tak suka, sat ada pulak polis mai jengoi depan pintu, sat ada pulak yang kena bom, sat ada pulak yang hilang waktu malam, macam macam lagi laa.  Jadi laa ni tok sah dok hingaq hingaq tulis macam macam, kalau kita ghasa boleh buat, kita buat saja. balik ceghita pasai IT ni, aku dalam minggu ni dok belek belek imac ni, laa ni dok tengah pulun nak bagi apple dok boleh becakap dengan MSoft. pertama macam printer, file file yang aku dok simpan dekat external drive dekat pc yang dok run MS tu. haghi ni lepas dok belek belek , tadi dah boleh dah aku print dari mac ke printer yang share di Msoft tu.. dan aku pun dah boleh link external drive yang dok connect di pc lain dalam ghumah ni. aku ghasa, next , aku nak cuba buat iphone punya application pulak, dok nampak ghamai jgak oghang yng guna iphone, mana tau kot kot aku boleh belajaq buat applica

Cuba cuba

selama ni aku dok guna PC , aku dok tengok jgak oghang oghang lain yang dok guna komputer Apple, tapi pasai Apple ni susah nak dapat software yang ciplak, jadi aku kurang sikit berminat nak guna, dan lagi komputer Apple ni mahai sikit. Jadi aku nak belajaq , aku kena caghi sebijik . Bila kita dah guna baghu kita tau masalah dia dan macam mana nak selesai masalah tu. Jadi aku dah pi ke e-bay dan beli satu Apple yang second hand. aku letak harga dalam $150 saja, pasai oghang lain semua letak ghendah pada tu, jadi aku menang laa lelong kat e-bay tu, selamat datang iMac G4, masih elok lagi, boleh laa kelebek kelebek menatang ni.

Latah

aku tau sangat pasai latah ni, tapi latah ni kita boleh nampak dalam perlakuan oghang haghi haghi, lebih lebih lagi di tempat kerja. Ada yang jadi latah bila boss depa bagi kerja, ada yang latah pasai boss besaq depa nak mai melawat tempat kerja depa, ada yang latah pasai nak tunjuk yang dia yang lebih buat kerja .. dan macam macam jenis latah lagi. Itu tak termasuk orang orang tua yang melatah lagi. Aku dengaq dengaq ada ura ura konon nya TPM Malaysia nak mai melawat ke US, jadi masa ni kita boleh tengok macam macam jenis LATAH orang orang yang cuba menunjukkan bakat masing masing samada secagha sedaq atau tak sedaq . Ada yang berbakat untuk melayan, ada yang berbakat untuk berbakti pada masyarakat, ada yang berbakat meraung, menjerit, mengarah, menyuruh dan macam macam lagi. Aku memang suk a perhatikan gelagat oghang oghang yang macam ni. Kadang kadang nak rasa tegelak pun ada. Bila pikiaq pikiaq, pasai apa kita misti berlaku macam tu?, kalau kita ikhlas buat satu satu kerja tu, kit

Webserver kat rumah

minggu ni aku cuba buat webserver kat rumah aku. aku cuba linkkan webserver tu ke internet. Tujuan aku buat mcm tu, supaya aku boleh buat photo gallery, dan saudara mara di tempat lain boleh mai kelih gambaq gambaq kami. Ni dia url untuk webserver tu, http://azizans.dyndns.info/gambar/ . tu saja utk entry kali ni.

Web conference melalui skype

Click here to view this video Teknoloji pun dah makin maju, dan juga cagha kita dok berkomunikasi pun beghubah. Laa ni kita dah boleh join kenduri kawan secara 'long-distance', cuma kena sedia makanan sendiri saja. Tu yang belum boleh buat lagi.

Satu Jam Terpendek

Haghi ni, mola dah masa DST atau oghang puteh kata daylight saving time, masa di cepatkan ke depan satu jam, bermakna haghi tak cukup sejam, haghi ni saja, bukan tiap tiap haghi. Jadi perbezaan Chicago dengan Malaysia cuma 13 jam berbanding dengan 14 jam sebelum ni. Haghi 13 Mar / 12 Mar (waktu) chicago merupakan haghi gembira bersejarah utk kami di chicago dan juga di Malaysia, dimana kami cuba berhubung secara web conference untuk majlis pernikahan anak perempuan kami yang laa ni dok di malaysia. Walau pun kelajuan internet di Malaysia masih jauh kebelakang jika dibanding dengan kelajuan internet kami ( 30Megabit per second), kami masih dapat membuat web conference melalui skype walaupun tersangkut sangkut. dan dengan ada kemajuan teknoloji, kami dapat menyambung komputer kami dengan HDTV kami, jadi dapat kami menonton dengan selesa tanpa berkerumun depan skrin computer. Mungkin dimasa akan datang, kemajuan teknoloji di Malaysia tidak dibendung/dimonopoli oleh pihak pihak tertentu, k

GPS Navigation

GPS atau pun Global Positioning System memang satu keperluan untuk bawak kereta pada hari ni, kalau masa dulu , benda ni harga dia beribu ribu dollar, tapi laa ni dah jadi murah sebab sudah banyak di juae di kedai kedai. Kami yang selalu dok pi jalan ghata ghata tempat memang dok pandukan benda ni. tak gadoh dok guna buku map dah, cuma simpan dalam boot-kereta mana tau kot kot bendalah ni ghosak. Ada satu masa tu kami dari chicago nak ke Vegas waktu malam, kena pulak bila kami nak meretas negeri Utah, malam tu ada ribut snow ( snow storm), kami tak ada pilihan untuk berhenti pasai memang tak dak tempat nak berenti, jadi kami redah jugak malam tu dengan panduan GPS. dengan ada GPS kita boleh jugak tau keadaan jalan yang bengkang bengkok di depan kita.

Cuti Hujung Minggu

Minggu ni, cuaca pun nampak elok, tak sejuk sangat, dan tak ada orang yang buat makan, jadi ini peluang nak pi jalan jalan dengan keluarga dan kawan kawan. Aku dan juga keluarga Azmi dan juga keluarga Taufik pi jalan jalan ke sebelah utara Michigan. Tak jauh sangat tempak tu lebih kurang 300 batu saja. Kami bertolak dari Chicago jam 10 malam, kami terpaksa mengharung snow yang tughun lebat waktu malam tu, kami tak beghenti pasai kalau kami beghenti, takut lambat sampai pulak. Kami sampai di rumah tumpangan tu jam 6 pagi esok nya. video ini mungkin agak besaq kalau nak tengok.

Projek 'lanun' hujung minggu

aku dok pikiaq, apa aku nak buat ujung minggu ni. Aku ingat nak pi kelebek kelebek wii console tu dan nak pasang mod chip. jadi bila dah pasang mod chip, aku boleh laa download game dan burn ke DVD. jadi tujuan mod-chip ialah untuk tipu Wii drive, konon konon yang dvd yang ada dalam drive tu ialah dvd original. Hai macam macam cara nak tipu ni. Untuk tujuan tu, aku dah pun order mod chip online dari Kanada. Tadi dah sampai dengan UPS. Aku sebenarnya saja nak tengok sama ada aku boleh buat benda ni atau tidak, itu saja tujuan asai. setelah berhempas pulas, akhirnya aku berjaya jugak untuk membogelkan wii console tu, dan pasang mod chip yang aku order melalui internet. yang penting sekali kita kena pastikan kita buat dokumen ( catit) apa yang kita buat untuk membuka, supaya bila nak pasang nanti senang. kita cuma ikut aturan seperti yang kita buat semasa membuka tadi. Hasilnya, aku berpuas hati dengan susah payah tadi, laa ni aku dah boleh download wii game dan burn dvd sendiri. Berjaya

Blessing in disguise

kadang kadang aku dok pi jugak baca online news tentang negara tercinta kita Malaysia, baghu baghu ni ada cerita/news pasai penggunaan nama Allah di gereja gereja. Kadang kadang bila dok pikiaq balik, timboi soalan, ada kah depa ni (yang dok gereja) nak masuk islam beramai-ramai , tapi depa rasa malu, jadi depa mintak guna nama Allah. Jadi kita tunggu dan lihat ( wait and see) sudah dulu ..

Resepi 'orang lama' kita

minggu lepaeh, dok surf blog blog yang dok ada, terjumpa blog ni http://www.blogger.com/profile/14697882132185638582 di salah satu entry, ada sebut pasai bubuq sora, bila dok teghingat teghingat, rasa telioq pulak nak makan bubuq sora, aku habaq dekat bini aku pasai ada disitu resepi mak teh untuk buat buboq sora. bini aku pun kata nak cuba jgak , pasai kami pun tak peghnah buat buboq sora sebelum. Bini aku kata dia cuba half dulu laa, maknanya semua sukat setengah, nak cuba dulu, kalau tak jadi pun tak pa, rugi setengah saja. Jadi jgak nampak nya buboq sora kami .. tahniah dekat bini aku yang ghajin mencuba. teghima kaseh jgak pada Dato' Wira tuan Syed Zain yang dok pi buboh resepi Mak Teh tang tu, cuma tuan Syed tak buboh cara cara nak buat, kami cuma gagau sendighi saja, macam mana nak buat , tapi dah dapat resepi tu pun dah syukor dah, bukan senang oghang nak bagi ilmu.

Happy New Year 2010

selamat Tahun Baru 2010 utk semua, di doakan kita semua jadi insan yang lebih berguna di tahun ni. Tapi ada jugak insan insan, bukan saja menjadikan dighi dia beguna, tapi dia suka mempeguna kan oghang..ada jugak yang macam tu. semalam aku pi jgak ke Chicago dekat depan tasik saja nak jalan jalan dan tengok bunga api, sejuk nak mampuih, tu pun aku dah pakai stokin dua lapeh, sluaq dua lapeh, kasut yang waterproof, tapi ujung jari kaki ghasa mcam nak putuih, tapi seghonok punya pasai .. tahan jugak laa. Dalam gambaq tuu, tasik Michigan pun jadi ais, tapi ais belum cukup tebai utk nak bejalan jalan ataeh dia.