Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Julai 2022 - 2

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg V - di Yellowstones National Park, Wyoming

kami dah booking camp-site di sini untuk tidoq sini selama 2 malam. camp-site di Yellowstone ni ada bermacam macam kategory, ada kategory yang sediakan tapak kemah saja, ada yang sedia tapak kemah dengan tempat mandi, ada yang sedia tapak kemah dengan tempat mandi dan juga tempat sambung letrik. walau apa pun yang kita pilih, semua tapak kemah tu ada tempat untuk beghak. Tapi kalau tak dak tempat nak beghak, alamat beghak belakang pokok laa nampaknya. Satu yang menarik pasai tapak kemah ni ialah, sewa dia murah, satu malam cuma kena bayaq dalam $20 sahaja. Tapi bila kita duduk di tapak kemah, kita kena ikut peraturan dia; tak boleh hingaq, tak boleh buang sampah, bila malam lepas pukoi 10 malam diwajibkan senyap sepi. Jadi maknanya kalau nak bercakap masa tuu, kena bisik bisik saja, dan lampu pun tak boleh terang. Kami gunakan masa dua hari untuk jalan jalan di kawasan Yellowstones. Tarikan utama di Yellowstones ialah air pancut panas. pemandangan didepan tapak kemah kami. Ni laa kol

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg IV - South Dakota ke Yellowstones National Park, Wyoming

kami tak dok lama di Mount Rushmore pasai kami memang tak cadang pun nak pi ke situ, cuma plan tu kami buat masa dok dalam kereta. Jadi lepas ambik gambar kami pun terus ke Yellowstones National Park, di Wyoming. Kami bertolak dari Mt Rushmore dalam pukoi 4 petang dah. Kami jangkakan akan sampai ke tempat camping dalam pukoi 1:00 pagi, pasai jaghak jauh ke situ lebih kurang 500 batu (800 km). pemandangan sepanjang perjalanan ke Wyoming beghubah ghubah, jadi kita bawak kereta pun tak ghasa cemuih. lebih kurang 2 jam, kami pun sampai ke sempadan antara South Dakota dan Wyoming, macam biasa jugak.. masa untuk bergambaq, aku ingat semua orang pun tak larat nak pi tangkap gambaq, cuma Keith sorang saja, jadi aku ambik gambaq dia sorang saja. Pasai aku dah sampai sini dulu, dah ada dah gambaq tang sini, jadi aku tak tughun nak ambik gambaq sama. Gambaq ni nampak spoilt sikit, pasai tak nampak signboard belakang pasai dia reflective (balik cahaya) bila kena flash. Kami tak beghenti banyak te

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg III - Tiba di South Dakota

sudah beghenti tiga empat kali di tempat rehat, kami pun sampai di Mt Rushmore, South Dakota. Bagi aku, ni kali kedua kami sampai di Mt Rushmore, kali pertama dulu dalam tahun 2000, aku ghasa macam tak banyak yang beghubah bagi tempoh 10 tahun. Kalau masa aku mula mula mai dulu, GPS aku jadi kacau bilau pasai jalan dia tak update, kali ni pun GPS dia jadi kacau bilau jugak pasai jalan jalan dia tak update, tapi pasai aku dah pernah mai tempat ni, jadi aku buat tak peduli saja arahan GPS tu. ni kami sampai ke papan tanda 'Welcome To ..' apa lagi... ambik gambaq laa .. masa ambik gambaq ni, kebetulan matahari dok suluh betoi betoi depan kamera, jadi kena guna flash nak bagi nampak, kalau tak, semua orang nampak gelap ni laa 4 kepala presiden yang di ukir dibatu di Mt Rushmore, yang memakan masa berpuluh tahun untuk disiapkan. lepaeh ambik gambaq ..kami pun teruskan journey kami ... Bersambung ...!!!