Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Julai 2022 - 2

Musim Luruh dah jengoi

Ceghita bejalan aku di beghentikan untuk sementara, sebagai tanda simpati aku pada mangsa mangsa bah di Kedah dan jugak Perlis. Bah ni bukan perkara baghu bagi kawasan kampung kak aku yang dok di Empa, satu kampung dekat dengan Wang Tepus. Kadang kadang depa kata, hujan tak dak, ribut tak, tiba tiba ayaq naik, sampai tenggelam semua bendang dan juga kampung kampung yg di kawasan ghendah. Depa kata ni memang biasa pasai depa kata oghang lepaeh ayaq dari Nami. Tapi tak dak oghang nak heboh heboh sangat pasai yang kena bah tu cuma oghang kampung yang dok di kawasan ulu saja. Tapi bah kali ni, kena semua oghang , termasuk yang duduk dipekan dan jugak di rumah rumah taman. Aku ghasa, inilah kesan yang kita terima pasai kita tidak peka dengan alam sekitar. Sungai yang dulu putih jernih, laa ni dah jadi macam warna teh tarik. Sungai dulu mengalir laju, laa ni dah mati. Itu lah negara ku yang tercinta, yang dok ligan ligan nak menjadi negara maju. Tadi, masa aku dok pi jalan ke masjid untuk s