Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Julai 2022 - 2

Sakit gigi

Haghi ni aku sakit gigi yang teramat sangat, kemaghin sakit jugak tapi tak teghok macam haghi ni, dah telan panadol habis sepapan, lepas tu ubat sakit gigi beli kat kedai senseh pun dah habis, sakit gigi mcm mai seghang ikut cycle, dia mai seghang sekali, lepaeh tu hilang, sat ni dia mai seghang pulak. Adoi sakit tak tau nak cakap. Malam tadi aku langsung tak boleh tidoq, pasai sakit sangat. Ni masa aku taip blog ni, aku baru saja kena serangan cycle yang ke berapa pun aku tak tau. Sudah habeh ikhtiaq, aku cuba google caghi petua petua utk kurangkan sakit. Ada beberapa ayat yang aku jumpa yang boleh aku cuba. Ni nampak sudah reda sikit sakit tu,

Khasiat Buah Delima

Buah Delima seperti yang kita tahu, seperti yang diberitahu oleh orang orang tua kita dan juga tok guru kita mempunyai bahan penawar untuk penyakit penyakit di dunia ini. Aku masih ingat lagi masa aku kecik kecik dulu, lebih kurang 50 tahun yang lalu, aku cuma dapat merasakan buah delima bila ada orang balik dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Masa dulu dulu kalau orang pergi ke Mekah akan bawak barang barang bermacam macam sebab dia orang pergi ke Mekah dengan menaiki kapal laut, bukan seperti sekarang , orang pergi dengan kapal terbang. Mak aku selalu pesan, kita kena makan setiap ulas isi delima tersebut, kerana salah satu daripada biji delima tersebut ada 'delima' yang boleh jadi ubat, tapi kita tak tau yang mana satu. Itu ada ilmu yang terdapat dimasa itu. Sekarang ini dengan kemajuan teknoloji, ilmu pengetahuan sudah boleh disebarkan dengan lebih mudah. Menurut kata ustaz, sebenarnya yang menjadi bahan ubat pada buah delima tersebut ialah sarang tempat ulas deli

Tanah Paling Hujung Selatan Tanah Besar Asia

Minggu lepas, aku dengan keluarga aku pi jalan makan angin sambil berehat bersama keluarga , bini, anak anak , cucu dan juga beberapa saudara , ke Johor Bharu. Selepas aku mem bye-bye keluarga naik bas ( untuk ke Spore), aku memang tidak mengikut depa pi Singapore, aku sudah ada plan aku sendiri. Aku memandu kereta dari JBharu terus ke satu tempat bernama Tanjung Piai , disitu terdapat Tanjung Piai National Park. Tanjung Piai , adalah tempat paling penghujung selatan Tanah Besar Asia yang bermula dari China. Seperti kebiasaan, aku suka ambik gambaq gambaq bila aku pi jalan jalan ke tempat yang aku ghasa menarik. Pasai gambaq gambaq tu banyak sangat aku tak boleh nak upload ke blog ni, jadi aku link kan saja ke facebook album. gambaq gambaq tu aku pun post di facebook , jadi aku rasa , aku post kan URL dia saja disini. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031815&type=3 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4846897890284.2192610.1232031

3 syawal , aloq staq

Semalam kami sekeluarga tidoq di homestay dekat Jalan Sultanah Bahiyah. Puas jugak dok cari alamat rumah di google map dan jugak di gps, tak jumpa jugak. Agaknya pasai taman tu pun baru lagi. Kalau sapa sapa yang kebetulan dok baca ini dan dok cari jugak alamat homestay tu, coordinate gps dia N 06.14407 E 100.34735. Pagi tadi lepas semayang subuh aku pun keluaq cadang nak cari tempat makan boleh pekena teh tarik kaa roti canai kaa, aku pun pi dekat pasar mergong yang dekat Kampubg Berjaya tu, agaknya pasai awai lagi satu kelibat pun tak nampak, jadi aku pusing balik pi kot belah jalan hospital tu, pasai ada satu kedai makan pokok ceri ada situ, nama kedai makan tu Restoran Al hameed kalau tak silap. Bila aku sampai situ ada jugak pak aji pak lebai dok makan situ, agaknya depa singgah situ lepas semayang subuh tadi.

Raya Aidil Fitri 2012

Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini di tempat sendiri di USJ 3 Subang Jaya, tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul untuk menyambut Aidil Fitri bersama sama. Tidak seperti tahun tahun lepas kami beraya di luar negara selama 13 tahun. Dipagi yang mulia ini aku mendoakan supaya Allah mencucuri rahmatNya kepada arwah kedua dua ibu dan bapa yang telah kembali ke hadrat Ilahi. Seperti biasa, aturcara hariraya akan dimulai dengan me'nyorok' masakan isteri siapkan, terasa janggal pulak makan pagi pagi nih setelah sebulan tidak me'nyorok'. Lepas itu akan ke masjid yang terdekat, iaitu Masjid Annur di USJ4, yang cuma sepelaung saja dari rumah. Ramai juga aku tengok jemaah jemaah masjid ini dipagi raya ini. Mungkin ramai yang senasib dengan aku yang sudah tidak ada 'kampung' lagi untuk balik beraya, jadi mengambil keputusan untuk beraya tempat orang yang sudah pun jadi 'kampung halaman' sendiri. Aku dapat rasakan sedikit kelainan bi

Skuter

Baru beli skuter second hand jenis Modenas Elegan 150 dari seorang dealer di Kajang yang aku nampak ads dia di mudah.my. Meter pun dah dalam 56k kilometer. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah aku hantar pi kedai motor Maju Motor Racing di seksyen 16 Shah Alam. Hasil dari nasihat kenalan kenalan , kenderaan skuter ni kena selalu servis bhg cvt, kerana cvt ni adalah gerak nadi kenderaan jenis skuter. Gedebak gedebuk kena byk ratus ringgit jugak untuk bayar termasuk harga servis dan juga parts.

Berpuasa di Malaysia

Alhamdulillah, tahun ini 2012, akhirnya kami dapat berposa di Malaysia setelah 13 tahun berposa di luar negara. Ghasa seghonok dapat menikmati semula suasana musim bulan posa dengan bazaar bazaar ramadzan yg tumbuh mcm cendawan. Ghasanya masa inilah sapa sapa yang ada minat berniaga akan berniaga, yang minat buat kueh , yang minat masak lauk pauk dan macam macam lagi. Tapi yang peliknya bila dah lepas bulan posa semua tu hilang teghuih. Begitu jugak dengan masjid dan surau, tiba tiba jadi penuh sesak dengan orang. Tapi walau macam mana pun aku masih bersyukur dapat berpuasa dinegara sendiri pada tahun ini dan tahun tahun yang akan datang.

Home Sweet Home

hello my blog, sori dah lama tak contiang di muka surat ni, lagi pun laa ni kan masa oghang dok sibuk dengan facebook, pi jalan bubuh dekat facebookm, masak bubuh dekat situ, makan warong pun hentam bubuh jugak, pendek kata segala mak datok laa ada tang situ. Aku pun tumpang sekaki jugak dok contiang dekat wall di facebook tu. Bulan March ni, masuk 3 bulan aku balik Malaysia, home sweet home kata orang putih, apa tak nya, aku tinggai rumah aku lebih kurang 13 tahun, bila balik rasa satu macam perasaan seronok dan juga suka bila dapat masuk balik rumah yang aku tinggalkan dulu. Pokok mangga pun dah terlalu besar sampai litup habis kawasan rumah, sampai jadi terlalu gelap. Usaha pertama selepas masuk ke rumah ialah perbaiki mana mana paip paip dan kepala paip yang bocoq dan juga yang tak berfungsi, pam pam tandas yang sudah tak mengepam ayaq. Jadi banyak laa benda yang nak kena buat. Keadaan bilik ayaq , pooohhh jangan cakap laa punya laa kotoq dengan keadaan mangkok tandas yang berketan