Saturday, March 17, 2012

Home Sweet Home

hello my blog, sori dah lama tak contiang di muka surat ni, lagi pun laa ni kan masa oghang dok sibuk dengan facebook, pi jalan bubuh dekat facebookm, masak bubuh dekat situ, makan warong pun hentam bubuh jugak, pendek kata segala mak datok laa ada tang situ. Aku pun tumpang sekaki jugak dok contiang dekat wall di facebook tu.

Bulan March ni, masuk 3 bulan aku balik Malaysia, home sweet home kata orang putih, apa tak nya, aku tinggai rumah aku lebih kurang 13 tahun, bila balik rasa satu macam perasaan seronok dan juga suka bila dapat masuk balik rumah yang aku tinggalkan dulu. Pokok mangga pun dah terlalu besar sampai litup habis kawasan rumah, sampai jadi terlalu gelap.
Usaha pertama selepas masuk ke rumah ialah perbaiki mana mana paip paip dan kepala paip yang bocoq dan juga yang tak berfungsi, pam pam tandas yang sudah tak mengepam ayaq. Jadi banyak laa benda yang nak kena buat. Keadaan bilik ayaq , pooohhh jangan cakap laa punya laa kotoq dengan keadaan mangkok tandas yang berketang dengan kekotoran dan juga air yang berkeladak.
Lepas 2 hari, aku berjaya memulihkan keadaan pam pam tandas dengan menggantikan sendiri barang barang tersebut yang senang didapati dikedai kedai hardware.

aku rasa , sampai sini dulu ...
Ahad - 18 march 2012