Sunday, May 31, 2009

Pandang Belakang


Bila sebut pasai simpan barang barang lama, atau pun 'preserve', aku ghasa tempat kita (di negara kita), kita tak banyak nak ambik usaha nak kekalkan benda benda lama ni.. selalu oghang akan biaq lapok sampai gheput. Haghi tu aku pi jalan jalan ke sebelah selatan, ikut jalan lama ( bukan Hway), aku lalu kot pekan lama ni, kalau kita tengok bangunan bangunan dia memang lama, tapi kedai kedai dlm bangunan tu semua kedai kedai baru, depa masih dok kekalkan bangunan tu, aku tak pulak tau berapa umuq bangunan tuu tapi kalau tengok harga Coca-Cola masa tu cuma 5 sen .. aku rasa memang lama laa ..

Wednesday, May 20, 2009

Flu babi

laa ni dok kelam kabut pasai selsema babi atau pun swine flu.. lepaeh tukaq pulak nama jadi H1N1( nak bagi nampak canggih dan tak bagi orang yang bela babi hilang pelanggan)

pasai flu babi punya hal, pesta sukan midwest 2009 kena cancel, pasai takut selsema tu merebak. Bila nak merebak dia bukan kira orang, semua kena. yang makan babi pun kena, yang tak makan pun kena, naik sama bas pun kena, naik sama kapaiterbang pun kena, naik beskal pun kena, naik kereta pun kena, yang pangkat datok pun kena, yang tak dak pangkat datok pun kena, pendek kata bila taim macam nii, yang ada datok pun panik, yang ada tan sri pun panik, yang tak dak apa apa lagi panik ... hahahahaha padan muka kita.

Monday, May 4, 2009

Jiran sekeliling

selalunya bila kita nak pindah satu satu tempat, kita selalu kena dok pi jengok tempat tempat tu nak tengok macam mana kawasan situ dan jugak jiran jiran situ, laa ni dengan ada kemudahan internet kita dah boleh dok pi riki riki dulu dari jauh kawasan situ pasai dekat google map dah boleh tengok gambar kawasan tu.. umpamanya kawasan yang aku baru pindah ni.. kalau sapa sapa nak cuba jengok jengok pun boleh jgak .. ini kawasan rumah aku yang baghu pindah..ok jgak kawasan ni.. dekat dengan kedai kedai juae makanan halal .. (satu lagi.. gambaq dibawah ni boleh drag kelilin.. tekan button mouse dan drag kiri kanan ikut suka hati kot mana nak pi ..)

View Larger Map