Wednesday, December 6, 2017

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun.

Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu.

Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Sunday, November 26, 2017

Pengalaman pertama grab/uber

Aku masih berkira kira bila nak start drive utk uber/grab ni, pasai aku masih dok takut gabra gelabah tak tau mcm mana reaksi penumpang, line internet dan mcm mcm lagi.
Aku pilih utk pecah rasa takut ni dengan mula utk dapatkan penumpang dari lapangan terbang KLIA.
Dah siap isi minyak penuh penuh , aku pun terus drive ke kawasan menunggu yang di sediakan di lot yg diberi nama Landside Operation, bila masuk saja kawasan tu, secara otomatik sistem grab akan mengesan kehadiran pemandu dan meng'assign' nombor Q utk giliran mengambil penumpang, jadi pemandu tak perlu berebut rebut utk parking ditepi jalan.
Jantung aku masij dok bok bak bok bak tak tau mcm mana nak hadap sistem ni, kali pertama laa, kata kan..
Aku pun stop dan matikan enjin, tiba tiba dapat text message  notification ..

GRAB: Selamat Datang ke KLIA. Nombor giliran anda untuk: GrabCar adalah antara 891 hingga 900.

Tuuu dia banyaknya Q ...... dah la pertama kali, kena slap dengan Q mcm tu ..

Bersambung dilain kali ....  27-Nov-2017

Wednesday, November 22, 2017

Jadi brebar

Untuk nak jadi drebar dgn uber atau grab ni kena register dengan depa. Bila dah register depa panggil kita sebagai partner.
Pasai kita bukan nya kerja dengan depa cuma kita guna kemudahan yg depa ada spt booking dan juga perkiraan tambang dan juga kutipan tambang.

Aku pun seghonok nak cuba juga. Jadi aku pun register sama, register dgn uber tak jadi masalah,cuma bila nak register dengan grab ada sikit syarat tambahan pasai umoa dah lebih 50 tahun,jadi kena buat medical checkup..
Lama jgak aku dok pikiaq nak buat medical check kaa dak takut tak lepas pasai aku ada sikit penyakit darah tinggi.
Pikiaq punya pikiaq tak sudah jugak .. akhirnya aku beranikan diri untuk buat medical checkup ... alhamdulillah .DILULUSKAN dan boleh membawa kenderaan awam . Aku pun submit permohonan bersama dgn borang medical checkup tadi.
Dah lepas tu., grab hantar email kata dah terima dan suruh pi buat verification dkt ajen dia .. lepas tu .. lulus dan akaun aku pun di AKTIFkan dan bleh drive grab.

Ada juga beberapa siri latihan kena ikuti untuk memahami cara operasi grab ni, tapi semua tu buat online di youtube saja.

Aku pun dah cuba tengok byk kali dah cuma belum mula lagi .. dah berdebar debar jugak ni nak mula , tak tau mcm mana.

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah

Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Saturday, August 15, 2015

Dah lupa.

Ish ish ish bila aku buka blog aku, baghu peghasan lama dah tak tulih apa apa pun.
Aku ghasa sejak balik dok tempat sendighi dah ghasa macam selesa dan makin kalut dengan aktiviti aktiviti yang aku sendighi pun tak tau menatang apa.
24 jam sehaghi ghasa macam tak cukup.

Thursday, May 28, 2015

Friday, January 16, 2015

Aleh haluan . Bhg 1

Kali ni aku nak tuleh pasai nak ubah/kaleh haluan kerjaya pulak . Tak tau pasai apa tiba tiba aku ghasa cemuih laa nak pejabat dok mengadap komputer. Tau saja laa , aku mula mengadap skrin komputer ni dari tahun 1981 sampai ke laaa ni tahun 2014. Dalam saghi tak kurang dari 18 jam aku dok mengadap skrin komputer. Tu seghonok dengan kerja punya pasai. Masalah yang timboi bila dah jadi mcm tu, aku akan jadi penin , sakit kepala, sakit mata, kalau aku tak mengadap komputer. 

Kita tutup bab mengadap komputer, kita buka bab baghu, hidup kerjaya baghu aku, aku nak jadi petani pulak. Yaaa betoi , P E T A N I , .... Jangan sapa dok mai kenen kat aku, "hang ni boleh kaa buat kebun? " .. Depa belum tau lagi , aku ada azam dan semangat yang kuat.. Kalau aku kata nak buat, aku akan buat.

... Kita sambung cerita lain kali pasai kisah hidup aku sebagai petani pulak.