Skip to main content

Julai 2022 - 2

Guna kawasan diluaq pagaq

kebetulan aku nampak ruang ditepi pagaq disebelah luaq tepi longkang tu selalu kena cahaya matahari pagi, aku ambik keputusan utk alehkan bekas polibag tanaman kucai tu ke bahagian luaq. Aku gunakan lebihan besi biru untuk jadi tempat letak bekas bekas polibag tersebut. Harap harap tidak menjadi suatu kesalahan undang undang. Dan mungkin aku akan tambah lagi rak rak ni di sepanjang pagar tu utk dijadikan kawasan menanam sayuran.

 


Comments

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

julai 2022 - 1 ke Tioman

​salam julai- anak anak ajak menikmati keindahan alam di pulau Tioman. Anak anak yang uruskan semua urusan perjalanan dan penginapan. Bertolak dari rumah awal pukul 4 pagi untuk catch up ferry jam 10 pagi ke Tioman.  Separuh perjalanan, singgah dulu di bandar Kluang, Johor Cadang nak breakfast di kedai makan di stesen keretapi Kluang, tapi ramai sungguh orang disitu. Kami ambik keputusan untuk bungkus saja untuk jimatkan masa.  Dah sampai di jetti Mersing, tunggu feri ke Tioman pulak. Ramai jugak orang hendak kesana. Penuh sarat dengan penumpang dimuatkan kedalam dua buah ferri.