Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Julai 2022 - 2

سلامت هاري راي.. Selamat Hari Raya 2013

Pertama sekali , Selamat Hari Raya Eidil Fitri 2013 untuk semua yang terjumpa blog ini. Semasa aku menulis entry ini, ini malam raya eidil fitr 2013 bersamaan Khamis pukul 3 pagi. Aku dah tidoq awai, jadi laa ni dah tak boleh nak tdoq sbb dah tak ghasa mengantuk dah. Dok teringat pada arwah mak dan pak yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu, sekalong doa untuk arwah mak dan pak, Rabbiqfirli Walidaiya, Warhamhuma kama rabbayani soghira .. Ya Allah ampunkan lah dosa aku dan dosa kedua ibu bapa ku , dan jagalah mereka seperti mereka menjaga aku semasa kecil dulu, Amin. Aku sebenarnya dok pikiaq pikiaq, tenang tenang ( sebutan tay nang ) untuk buat ride solo pusing semenanjung tanah melayu. Aku dok google, ghamai jugak yang dah ride solo, seghonok jugak, aku pun tiba tiba ghasa macam nak buat jugak, ride solo. Tak tau sama ada aku masih bertenaga untuk buat pasai umoq aku pun dah masuk 55 tahun. Tapi walau macam mana pun, kita jangan jadikan umoq sebagai satu pengh