Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Julai 2022 - 2

GPS Navigation

GPS atau pun Global Positioning System memang satu keperluan untuk bawak kereta pada hari ni, kalau masa dulu , benda ni harga dia beribu ribu dollar, tapi laa ni dah jadi murah sebab sudah banyak di juae di kedai kedai. Kami yang selalu dok pi jalan ghata ghata tempat memang dok pandukan benda ni. tak gadoh dok guna buku map dah, cuma simpan dalam boot-kereta mana tau kot kot bendalah ni ghosak. Ada satu masa tu kami dari chicago nak ke Vegas waktu malam, kena pulak bila kami nak meretas negeri Utah, malam tu ada ribut snow ( snow storm), kami tak ada pilihan untuk berhenti pasai memang tak dak tempat nak berenti, jadi kami redah jugak malam tu dengan panduan GPS. dengan ada GPS kita boleh jugak tau keadaan jalan yang bengkang bengkok di depan kita.

Cuti Hujung Minggu

Minggu ni, cuaca pun nampak elok, tak sejuk sangat, dan tak ada orang yang buat makan, jadi ini peluang nak pi jalan jalan dengan keluarga dan kawan kawan. Aku dan juga keluarga Azmi dan juga keluarga Taufik pi jalan jalan ke sebelah utara Michigan. Tak jauh sangat tempak tu lebih kurang 300 batu saja. Kami bertolak dari Chicago jam 10 malam, kami terpaksa mengharung snow yang tughun lebat waktu malam tu, kami tak beghenti pasai kalau kami beghenti, takut lambat sampai pulak. Kami sampai di rumah tumpangan tu jam 6 pagi esok nya. video ini mungkin agak besaq kalau nak tengok.

Projek 'lanun' hujung minggu

aku dok pikiaq, apa aku nak buat ujung minggu ni. Aku ingat nak pi kelebek kelebek wii console tu dan nak pasang mod chip. jadi bila dah pasang mod chip, aku boleh laa download game dan burn ke DVD. jadi tujuan mod-chip ialah untuk tipu Wii drive, konon konon yang dvd yang ada dalam drive tu ialah dvd original. Hai macam macam cara nak tipu ni. Untuk tujuan tu, aku dah pun order mod chip online dari Kanada. Tadi dah sampai dengan UPS. Aku sebenarnya saja nak tengok sama ada aku boleh buat benda ni atau tidak, itu saja tujuan asai. setelah berhempas pulas, akhirnya aku berjaya jugak untuk membogelkan wii console tu, dan pasang mod chip yang aku order melalui internet. yang penting sekali kita kena pastikan kita buat dokumen ( catit) apa yang kita buat untuk membuka, supaya bila nak pasang nanti senang. kita cuma ikut aturan seperti yang kita buat semasa membuka tadi. Hasilnya, aku berpuas hati dengan susah payah tadi, laa ni aku dah boleh download wii game dan burn dvd sendiri. Berjaya