Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Julai 2022 - 2

Pandan Laut beach resort

 Aku menginap di resort ni atas pelawaan seorang sahabat yg kebetulan pulak tu kenalan kpd tuan empunya resort. Lepas check in, aku maklumkan pada sahabat aku (uma wanmat) dan dia mai sebelah petang. Kami sembang sembang di luar chalet, kemudian empunya resort tu join sekali sebelah malam tu, sembang sembang sampai ke larut malam.  Kebetulan pulak empunya resort tu, kenai kebanyakan rakan rakan sebaya aku semasa diKIK dulu. Jadi tak laa kekok sangat bersembang. Empunya resort buka cerita tentang cerita dia dari mula mula membangunkan resort tu. Pada yg belum sampai ke sini, area ni di panggil Rhu 10. Oct 2020

Coretan Hidup

Hello catitanKu, sudah lama aku tak melawat dan mencoretkan di muka ini semenjak ada  facebook aku lebih rajin kesitu sampai rasa segan dan malas nak coretkan kat sini. Hari ni oktober 22, 2020. Hari ni aku ada di daerah Setiu, di sebuah resort, Pandan Laut Beach Resort. Resort ni cantik dan kemas, tepi laut dan pantai pun cantik. Apa yg menarik pasai resort ni, aku duduk percuma. Ada sorang sahabat yg dah tempah untuk aku. Rakan satu kolej jugak, nama fb (uma wanmat). Sebenarnya ini pertama kali aku menginap di resort ini. Uma wanmat, kebetulan sahabat rapat empunya resort. Sebenarnya, aku memang nak sangat mai ke terengganu untuk menikmati bunyi ombak mengempas diri ke pantai. Bagi aku, bunyi ombak menghempas ke pantai memberi suatu ketenangan dan kepuasan untuk aku.  Aku lebih suka kalau aku pacak kemah di tepi pantai daripada menginap di bilik chalet. Tetapi mungkin kerana kekurangan kemudahan spt bilik air, jadi terpaksa laa duduk di chalet. Oct 2020