Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Julai 2022 - 2

Alternative Medicine

Kita selalunya bila sakit akan pi jumpa 'tuan doktor'. tapi masa dulu dulu mana ada sangat 'tuan doktor'. aku ingat lagi kalau masa dulu kalau nak jumpa 'tuan doktor' memang satu benda yang mengerikan. apa tak nya. bila lalu saja depan klinik ..adosss bau ubat saja dah naik seram, belum tengok uniform 'misi' yang warna putih , lepas tu bila masuk bilik 'tuan doktor' ada banyak jarum, pisau, nasib baik dia letak gergaji, kapak, cangkul dekat atas troli.. kalau tak !!! lagi seram laa. Aku rasa antara banyak banyak sakit, sakit gigi memang satu sakit yang 'paling sakit'. Apa tak nya..kalau sakit gigi, pi jumpa 'tuan doktor' pun dia tak boleh buat apa. dia akan kata.. mai jumpa dia bila sakit dah hilang. Tapi kalau sakit dah hilang, nak jumpa dia buat apa lagi?. Ok .. bila sebut pasai sakit gigi, aku ingat aku masa kecik kecik dulu memang selalu sakit gigi, memang tak boleh nak tidor, nak makan .nak buat apa pun tak boleh bila sakit

Panic

semenjak dua tiga hari ni, tak dak cerita lain, semua cerita pasai duit, duit , ekonomi, politik. pi laa website mana pun semua dok cerita pasai nak kuasa, gila kuasa, pasai duit .. sapa tak mau duit dakk !!!. kalau ingat balik dalam 11 tahun dulu masa aku mula mula mai sini.. masa tu minyak petrol dalam 80 sen satu gelen. satu gelen bukan satu liter. bubuh penuh tangki kereta baru dalam $20, tu pun dah kira banyak dahh. tapi laa nii dah mahai. tapi satu yang menarik di US nii,, harga minyak petrol tak sama antara satu gas stesen dengan satu gas stesen. depa sini betoi betoi amalkan free-market. sapa ghasa nak juae harga murah boleh bubuh harga murah. sapa ghasa nak juae mahai bubuh laa harga tinggi. Jadi bila masa tangki minyak dah kosong.. nak isi minyak nii mcm satu treasure-hunt pulak . kena drive kelilin satu kampung cari stesen yang harga paling murah. tapi kadang kadang kita lupa , pasai nak harga murah kita kena drive jauh. pada hal minyak dan masa yang kita habis dah lebih dar

Lawak yang sensitif

bila sebut pasai ' makan free ' ni, aku teringat orang tua tua dok pesan. kalau nak lawak pun .. jangan lawak pasai makan, pasai ada oghang yang sensitip pasai makan. Ni ada satu cerita pasai kawan kawan yang buat lawak pasai ' makan free '. Cerita dia macam ni .. maaf laa kalau tekena hidung sendiri .. ha hahah ..saja nak cerita hari jumaat ni. Kawan yang sorang ni ada terima tetamu dari jauh ..memang jauh la,,pasai dok driving dekat satu hari baru sampai rumah dia. bila sampai ke rumah dia ..dia pun jamu laa si tetamu ni makann .. maklum laa si tetamu tuu sedang lapar ..makan sakan laa si tetamu tu .. nak habaq bagi!!. dan si tetamu tu agaknya nak bagi tuan rumah seronok .dia pun kata .. " sedap makan ni .." . Si tuan rumah ni yang memang suka buat lawak kering ..( orang kedah kata lawak keghin ) . tuan rumah tu pun kata .. " .. sedap laa.. freeeee!!! " ... ha ha haha . Nak jadi cerita.. rupa nya sitetamu nii terus berenti makan.. agaknya terkilan

e-Quran

aku terjumpa link ini .. flash Quran. mcm diatas ... ini url dia http://www.quranflash.com/en/quranflash.html. Itu laa nama dia zaman dah moden. tak gaduh nak heret quran sana sini. Kalau Quran pun dah ada versi e-Quran. pepatah melayu lama " Macam Kuran Buruk" dah tak boleh pakai lagi laa.. pasai kalau mcm ni quran tak jadi buruk dahhh.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.