Friday, October 10, 2008

Lawak yang sensitif

bila sebut pasai 'makan free' ni, aku teringat orang tua tua dok pesan. kalau nak lawak pun .. jangan lawak pasai makan, pasai ada oghang yang sensitip pasai makan. Ni ada satu cerita pasai kawan kawan yang buat lawak pasai 'makan free'. Cerita dia macam ni .. maaf laa kalau tekena hidung sendiri .. ha hahah ..saja nak cerita hari jumaat ni.
Kawan yang sorang ni ada terima tetamu dari jauh ..memang jauh la,,pasai dok driving dekat satu hari baru sampai rumah dia. bila sampai ke rumah dia ..dia pun jamu laa si tetamu ni makann .. maklum laa si tetamu tuu sedang lapar ..makan sakan laa si tetamu tu .. nak habaq bagi!!. dan si tetamu tu agaknya nak bagi tuan rumah seronok .dia pun kata .. " sedap makan ni .." . Si tuan rumah ni yang memang suka buat lawak kering ..( orang kedah kata lawak keghin ) . tuan rumah tu pun kata .. " .. sedap laa.. freeeee!!! " ... ha ha haha . Nak jadi cerita.. rupa nya sitetamu nii terus berenti makan.. agaknya terkilan laa kot.
tu laa oghang tua tua dah pesan.. jgn buat lawak pasai makan .. lawak pasai lain boleh... tapi kalau dah jadi kawan kawan apa nak kira.. lawak sampai langit runtuh pun tak sapa nak kesah..

2 comments:

Arif said...

hahahhaha...
tapi kat US x jadik sensitip x ?
dah selalo kene pangkah..buat jer muka x malu....lagipon mmg betol..
bila makan percuma ni...mmg sedap...
betoi x ?

Ibrahim bin Said said...

MAKAN FREE
HUTANG TAK BAYAR
MENGATA/PUKUL ORANG YANG TAK MAMPU MELAWAN
adalah antara perkara yang dikira SEDAP.
Sebab tu agama Islam melarang mengata pada orang yang telah mati sebab dia tak dapat membela diri.