Saturday, September 4, 2010

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg II - Minnesota , South Dakota



inilah sebahagian baghang baghang kami, tak celuih nak bubuh dalam, kami bubuh ataeh bumbung, saperti kemah dan barang barang lain.
macam ni laa kemudahan yang disediakan untuk pengguna jalan raya yang berjalan jauh untuk berehat dan juga makan bekai yang depa bawak. aku tak tau kalau kemudahan macam ni disediakan dinegara kita. Lepas makan kita buang semua sisa sisa di tempat buang sampah, nanti orang lain pulak boleh guna tempat ni... Lepas makan, sambung lagii ..

Dalam perjalanan, kami tukar plan, kami bercadang untuk singgah di Mount Rushmore, South Dakota, disini terdapat ukiran 3 kepala presiden di puncak bukit.
ini lah diantara pemandangan yang terdapat disepanjang perjalanan ke South Dakota. Kami terpaksa berhenti rehat sekali lagi.. semua orang dah merungut penat duduk lama lama... sudah lebih kurang 700 batu memandu .. bersambung ...




Perjalanan Ke Arah Barat Bhg I

kali ni aku nak cerita pasai 'summer vacation' yang kami baru saja pi baghu baghu ni. Kami bertolak daghi ghumah agak awai sikit, waktu suboh pun belum masuk lagi, kami angkut baghang naik van. baghang baghang kami agak banyak jugak, maklumlaa semuanya 7 oghang punya baghang dan kami nak plan akan masa
dalam 3 minggu. Jadi biasa laa kalau dah plan nak pi lama, macam macam laa benda dok pi perosok bubuh. antara barang barang yang kami bawak ialah kemah, sleeping-bag, alas tempat tidoq, tong gas, dapoq-gas..mcm mcm lagi pendek kata memang sarat laa van kami. Kami bertolak dari Chicago melalui lebuhraya interstate I-90, melalui pekan Rockford, Madison, dan terus mengikut I-90 West.
Bila sampai ke sempadan Wisconsin/Minnesota, matahari pun nak mula naik, jadi kami pun beghenti di kawasan rehat untk rehat dan juga sembahyang suboh disitu.berhenti Rehat di sempadan MN Disini dah kira kira 250 batu dari Chicago.
Lepas semayang kami sambung lagi.. tak boleh buang masa lama lama pasai jauh lagi nak cover.
Lebih kurang jam 10.00 pagi kami stop lagi untuk makan-pagi , ala kadar saja, jangan sampai perut kosong.