Friday, April 8, 2011

scan old negative film

aku ada jugak gambaq gambaq lama dan juga negatif negatif lama yang aku dok simpan dalam kotak kotak kasut pasai senang nak simpan. Macam kita dok tau, kalau kita simpan gambaq gambaq, lama lama dia jadi kunin, lepaeh melekat laa, naik kulat la, kena ayaq kencin lipaeh la , dan macam macam lagi. Dengan ada teknologi baghu, laa kita boleh simpan gambaq gambaq lama kita dalam hard-drive ( mintak maaf, perkataan hard-drive tak dak dalam kamus loghat kedah).
Aku dulu peghnah jgak scan gambaq gambaq lama ke dalam hard-drive, tapi aku dok tengok quality gambaq yang di scan beghapa baguih. Aku baghu pi kedai tadi, nampak satu scanner jenis EPSON, dia boleh scan gambaq dan jugak negatif. Aku pun dok pikiaq jugak macam mana dia nak scan negatif tu. Tapi walau macam mana pun aku cuba juga beli scanner tu, nanti kalau aku tak puas hati, aku boleh pulang balik ke kedai.
Dah balik ghumah, aku teghueh laa pasang ke computer dan cuba scan gambaq dan negatif yang lama lama tu. Hasil nya aku ghasa puaeh hati.
Ini lah antara gambaq dan juga negatif yang di scan.
Gambaq gambaq ini diambil pada tahun 1999, nampak masih elok, tapi negatif nampak sudah mula bertumpuk tumpuk pasai simpan terlalu lama. Jadi laa ni, aku dah boleh simpan gambaq gambaq ni dalam hard-drive.









Friday, April 1, 2011

Old Friend

selamat pagi blog, ni aku baghu bangkit, macam seluloi laa aku memang bangkit awai tapi lepaeh tu tidoq balik. Aku selalu bila celik mata tuu ghaba ambik iphone dulu tengok kot kot ada email emergency dari client aku kaa dak, mana tau kot sat ni ada system yang sangkut aku tak attend, depa maghah pulak sat ni. Haaaa.. kalau depa maghah.. miss suorrrruuu laa.
Tadi aku buka comment blog ni daghi kawan sekolah aku dulu , nama dia Bari. issshhhh lama sunggoh aku tak dengaq habaq dia. Aku ingat dulu masa dok tunggu SPM aku dok pi jugak ghumah dia di Pendang. Masa dulu bukan macam laa ni, nak pi mana mana ada google map, ada GPS boleh caghi address dekat internet. Masa aku nak pi ghumah Bari ni, aku pi dengan Salleh, budak Kampong Pisang, Kami cuma tau si Bari ni duduk di kampung kerchut ( maaf Bari aku tak beghapa ingat nama kampung hang), kami pun tak pernah sampai kampung tu, tapi kalau setakat nak pi Pendang tu, aku tau sangat laa. Kami pun pi laa Pendang, tapi nak pi kampung tu tak tau macam mana. Kami pun pi singgah di kedai dekat bus stop di pendang tu tanya tuan kedai tu , mana 'kampun kerchut'. depa pun habaq laa, hang tau laa cara oghang kampung bagi direction memang susah nak follow, dia kata lebih kurang macam ni laa, " hang pi keluar jalan besaq tu, ambik kighi, lepaeh tu kona kanan jalan nak pi guaq hang ikut jalan tu jumpa kona ada pondok tepi jalan hangikut jalan tu..." ... tu dia aeeehhh direction sempoi punya ..
Lepaeh tanya dua tiga oghang dekat situ, direction depa pun lebih sama jugak macam hat mula tadi, kami pun ikut saja laa, kalau sesat pun nak pi mana, sesat dalam negeri kedah jugak. Kami pun ghedah saja, lepas tanya punya tanya punya tanya, kami sampai jugak ghumah Bari ni. Tu la oghang kata kalau kita usaha dan ghajin tanya kita akan berjaya. Oghang tua tua dah dok pesan dah 'Malu bertanya sesat jalan'. jadi benda ni laa yang aku dok pegang sampai ke hari ni, tapi laa nii kita tak gadoh nak dok tanya oghang pasai depa pun sama jugak dok caghi oghang nak tanya, jadi senang nya kita pi google.com, ada GPS nak pi mana mana pun.