Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Julai 2022 - 2

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg VI - dari Yellowstones, WY ke California

aku ghasa, aku kena teruskan catitan aku pasai pi berjalan ke sebelah barat Amerika sana. Kali nak ceghita pasai perjalanan dari Yellowstone National Park di Wyoming menuju ke California. Dari peta yang kami ada, kami dah jangka yang perjalanan ini misti membosankan, sebab kebanyakkan tempat adalah tanah rata dan kawasan gurun. Menurut GPS, perjalanan ini makan masa dalam satu hari. Jadi kami bersiap lebih awai, punggah kemah dan loading barang barang semua atas van. Disebelah ni adalah peta perjalanan yang akan lalui dari Yellowstones National Park ke Donna Memorial State Park , California. Kami dah booking satu camp site disitu untuk 2 malam. kami kira kira kami akan sampai ke situ dalam jam 12 tengah malam. Macam seluloi laa.. tak lepas peluang ambik gambaq di papan tanda . Ini papan tanda disebelah pintu masuk/keluar di sebelah barat. Negeri yang akan kami masuk untuk ke California ialah Idaho. Itu pun cuma sikit saja.