Tuesday, April 29, 2008

Cherry Blossoms - Bunga Sakura

Laa ni baghu lepaeh musim winter dan baghu masuk musim spring. Masa nii masa bunga bunga baghu nak jengoi keluar, musim bunga musim oghang tanam bunga nak hias kawasan ghumah depa bagi elok. Dekat dengan ghumah aku dok sewa nii ada public park, ada pokok bunga sakura dah mula keluaq.

Monday, April 28, 2008

Convert water to hydrogen

Dulu aku ada janji nak habaq pasai alat yang aku guna untuk covert ayaq jadi hydrogen. Pasai benda yang aku guna tuu dah rosak, jadi aku dah tak boleh nak guna.. Laa ni aku ada plan lain pulak.. Aku nak buat sendiri alat tuu dan pasang di kereta aku. Aku tengah dok cari bahan bahan nak convert ayaq ke hydrogen ni. Aku dah ada dah list benda benda yang aku nak kena ada dan juga rajah rajah macam mana buat buat dan pasang benda tuu di kereta.
Ada benda yang dah order on-line dari internet, ada yang dah sampai dan ada lagi yang belum sampai. Ada lagi benda yang aku nak kena cari di kedai kedai dekat sini. Aku ingat sebelum hujung bulan May nii aku akan dapat himpun semua benda benda tuu dan mula projek aku ni.

Kalau berjaya benda nii..aku rasa boleh juae dekat orang orang yang nak jimat minyak.
Laa ni Isuzu Trooper aku dok minum dalam 20 batu segelen. Sorii laa Din .. kalau lambat sikit nak bagi feedback pasai benda ni.

The very unfortunate week

Minggu lepaeh ..aku ghasa minggu yang paling tak seronok dan unfortunate bagi aku. Bukan nak kata malang.. tapi sipi sipi laa.
Mola mola, menejar di tempat aku keghja tu pokoi telepon habaq kata komputer di opis depa crashed, data hilang, engineer mai pun tak boleh nak ON guna backup tape.. bad news aku habaq dekat depa. Bad news utk depa mean good news kat aku .. dapat extend kontrek lagii.. tapi aku tak cakap macam tuu laa.. saja nak buat buat simpati konon..heheheh nak idup bebbbb !!!.
Engineer pun koghek laa tape tape yang backup tuu...dapat laa guna satu tape nii ..tahun 2004 ..masya allah .. lama tuu, 4 tahun dulu. Aku kena pulun sikit laa nak pulehkan sistem back to normal capacity.
Habeh dah kesah tu, mai pulak kesah lain, bila balik ghumah aku pulak lupa nak cabut GPS (Global Position System) aku dari cermin kereta. pasai kepala dok tengah weengg .. bila aku balek ke kereta tengok cermin pulak kena pecah..depa dah kebaeh aku punya GPS tuu ..laa satu hal laa pulak. Nak kena beli ceghmin kereta dan GPS pun nak kena ada jgak.. kalau tak menatang tuu alamat sesat lepaeh mana mana hala, dah laa jalan di New Jersey pun seghabut. Nasib baik laa ada sorang minah nii dia kenai kawan dia. minta tolong kawan dia caghi cermin di tempat kereta potong.. laa nii dah settle dah.. ceghmin pun dah tukaq ..beli GPS lain.. haa padan muka aku.
Laa nii menatang GPS nii mmg satu benda keperluan dalam kereta. bukan apa !!! senang kalau nak pi mana mana.. contoh kita nak pi kedai pak mat .. kita masukkan alamat kedai pak mat lepaeh tuu tekan butang.. pi situ .. GPS ni pun akan habaq .. kona kiri, kona kanan, pusing .. sampai kedai pak mat.. mcam tuu laa lebih kurang.
ok.. wasalamm

Wednesday, April 16, 2008

Rideshare Chicago To Newark

haghi Isnin lepas aku dapat sorang mat saleh nii nak ride-share balik dari Chicago ke Newark, boleh laa jugak tom-tom harga minyak. Lagi pun harga minyak dah naik teruk nii.

Dapat jugak bercerita dan bertukar tukar pengalaman dia. Menurut mamat nii dia kerja atas bot, jadi crew. Dapat laa dia jalan jalan ikut bot. Bot dia bentuk mcm dalam cerita Pirate Of Carribean, katanya.
Bila dah lama cerita, aku pun bagi tau laa yang aku nii asal dari Malaysia. Dia pun ceghita jugak pasai ada satu bot dari Malaysia yang mai di tempat dia. Dia ceghita bot dari Malaysia nii memang hebat betoi laa.. Dia dan semua crew dia dapat jemputan utk makan malam di bot-Malaysia tuu. Ceghita dia lagi, sebelum depa naik bot-malaysia tuu kapten dia bagi briefing pasai Malaysia, orang malaysia yang tak makan babi, tak minum semua tuu .. jadi depa sendiri pun rasa takut jugak nak naik bot malaysia. Kemudian apa yang jadi kata dia bila dia naik bot-Malaysia tu .. dia kata orang ataeh bot-Malaysia tuu minum lagi banyak daripada dia dan kawan-kawan dia. Aku pun tak dak choice nak tutup tak bagi malu, aku habaq dekat dia, dia Malaysia tuu bukan semua orang yang Islam. Ada jugak yang bukan Islam, ada kristian, budhist, sikh, dan mcm mcm ugama lagi..tapi lupa pulak nak habaq dekat dia ugama langit ayah Pin pun ada.
Dia cerita ada satu lagi service yang oghang sini dok buat, iaitu jadi 'host' untuk pelancong .. boleh tengok dekat website couchsurfer.com
Aku ghasa jadi 'host' untuk pelancong pun salah satu cara kita nak kenai ghamai oghang dan kembang kan network kita.
Sampai tang ni saja dulu kot. dok ceghita banyak banyak sat nii tak dak apa pulak nak tulehhh.
Wasallam.

Saturday, April 12, 2008

4 months had passed ....

Laaaa ... dok tak dok ..dah bulan empat (april). ghasa sat saja. Tak dan nak buat apa pun.
tengok balik azam yang buat masa bulan satu dulu. Aesssshhhh ... ghasa macam tak boleh kot.
Nak kena tukaq ( update) azam tuu .

Laa ni, harga minyak petrol ( gas ) pun dah naik melambung. Dulu masa aku mula mai di US nii harga gas tak sampai pun $1.00 satu gelen .. laa nii dah dekat $4.00 segelen. Kena pikiaq cara nak jimat duit utk bayaq minyak.
Minggu lepaeh aku drive balik dari New Jersey ke Chicago. Aku cuba cari sapa sapa yang nak tumpang balik mai Chicago, jadi boleh laa tom-tom harga minyak. Aku pun letak iklan 'shareride' di craigslist. Dapat laa sorang yang response, tapi mamat nii kata dia cuma nak tumpang sampai Ohio saja ( lebih kurang 2/3 jarak dari New Jersey - Chicago). Pikiaq punya pikiaq aku pun terima laa mamat ni tumpang aku balik. Lagi pun elok jugak.. dapat juga aku kenai dan tambah kenalan aku.

Aku kigha, tak sesia juga aku ambik mamat nii jadi penumpang, aku dapat dengaq dia cerita pasai pengalaman dia, dan juga aku pun dapat dok ceghita dekat dia pasai Malaysia dan juga pasai Kedah.
Mengikut, cerita dari mamat ni .. dia graduate dari MIT dalam bidang matematik.. ooiiii hebat tuu. tapi dia kerja jadi musician ( main muzik laa kata orang). dia pi dari satu tempat ke satu tempat main muzik. Tu laa kelainan orang orang puteh nii.. tak takut apa orang nak kata,, janji dia suka apa yang dia nak buat. Tapi kalau orang melayu kita tak kan buat keja keja yang macam tuu.. malu laa konon .. takut nanti apa orang kata .. mcm mcm lagi laa..

Hari Senin nii aku nak drive balik dari Chicago ke New Jersey pulak.. so pun dah advertise kat craigslist utk sapa sapa yang share-ride ke belah sana pulak.. tengok laa nanti.