Skip to main content

Julai 2022 - 2

4 months had passed ....

Laaaa ... dok tak dok ..dah bulan empat (april). ghasa sat saja. Tak dan nak buat apa pun.
tengok balik azam yang buat masa bulan satu dulu. Aesssshhhh ... ghasa macam tak boleh kot.
Nak kena tukaq ( update) azam tuu .

Laa ni, harga minyak petrol ( gas ) pun dah naik melambung. Dulu masa aku mula mai di US nii harga gas tak sampai pun $1.00 satu gelen .. laa nii dah dekat $4.00 segelen. Kena pikiaq cara nak jimat duit utk bayaq minyak.
Minggu lepaeh aku drive balik dari New Jersey ke Chicago. Aku cuba cari sapa sapa yang nak tumpang balik mai Chicago, jadi boleh laa tom-tom harga minyak. Aku pun letak iklan 'shareride' di craigslist. Dapat laa sorang yang response, tapi mamat nii kata dia cuma nak tumpang sampai Ohio saja ( lebih kurang 2/3 jarak dari New Jersey - Chicago). Pikiaq punya pikiaq aku pun terima laa mamat ni tumpang aku balik. Lagi pun elok jugak.. dapat juga aku kenai dan tambah kenalan aku.

Aku kigha, tak sesia juga aku ambik mamat nii jadi penumpang, aku dapat dengaq dia cerita pasai pengalaman dia, dan juga aku pun dapat dok ceghita dekat dia pasai Malaysia dan juga pasai Kedah.
Mengikut, cerita dari mamat ni .. dia graduate dari MIT dalam bidang matematik.. ooiiii hebat tuu. tapi dia kerja jadi musician ( main muzik laa kata orang). dia pi dari satu tempat ke satu tempat main muzik. Tu laa kelainan orang orang puteh nii.. tak takut apa orang nak kata,, janji dia suka apa yang dia nak buat. Tapi kalau orang melayu kita tak kan buat keja keja yang macam tuu.. malu laa konon .. takut nanti apa orang kata .. mcm mcm lagi laa..

Hari Senin nii aku nak drive balik dari Chicago ke New Jersey pulak.. so pun dah advertise kat craigslist utk sapa sapa yang share-ride ke belah sana pulak.. tengok laa nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.