Skip to main content

Julai 2022 - 2

Rideshare Chicago To Newark

haghi Isnin lepas aku dapat sorang mat saleh nii nak ride-share balik dari Chicago ke Newark, boleh laa jugak tom-tom harga minyak. Lagi pun harga minyak dah naik teruk nii.

Dapat jugak bercerita dan bertukar tukar pengalaman dia. Menurut mamat nii dia kerja atas bot, jadi crew. Dapat laa dia jalan jalan ikut bot. Bot dia bentuk mcm dalam cerita Pirate Of Carribean, katanya.
Bila dah lama cerita, aku pun bagi tau laa yang aku nii asal dari Malaysia. Dia pun ceghita jugak pasai ada satu bot dari Malaysia yang mai di tempat dia. Dia ceghita bot dari Malaysia nii memang hebat betoi laa.. Dia dan semua crew dia dapat jemputan utk makan malam di bot-Malaysia tuu. Ceghita dia lagi, sebelum depa naik bot-malaysia tuu kapten dia bagi briefing pasai Malaysia, orang malaysia yang tak makan babi, tak minum semua tuu .. jadi depa sendiri pun rasa takut jugak nak naik bot malaysia. Kemudian apa yang jadi kata dia bila dia naik bot-Malaysia tu .. dia kata orang ataeh bot-Malaysia tuu minum lagi banyak daripada dia dan kawan-kawan dia. Aku pun tak dak choice nak tutup tak bagi malu, aku habaq dekat dia, dia Malaysia tuu bukan semua orang yang Islam. Ada jugak yang bukan Islam, ada kristian, budhist, sikh, dan mcm mcm ugama lagi..tapi lupa pulak nak habaq dekat dia ugama langit ayah Pin pun ada.
Dia cerita ada satu lagi service yang oghang sini dok buat, iaitu jadi 'host' untuk pelancong .. boleh tengok dekat website couchsurfer.com
Aku ghasa jadi 'host' untuk pelancong pun salah satu cara kita nak kenai ghamai oghang dan kembang kan network kita.
Sampai tang ni saja dulu kot. dok ceghita banyak banyak sat nii tak dak apa pulak nak tulehhh.
Wasallam.

Comments

Kami memang selalu dok kelih blog ni nak tahu keadaan adik di sana. Jarak artikal dulu dengan hak ni lama sangat. Tulih la kerap sikit. Tak panjang pun tak pa.
Kalau nak tau cerita menarik dan kalu ada masa cuba tengok di http://www.tvceramah.tblog
Baru nampak kelebihan orang baru. Dulu tak pernah dengaq pun nama MB Perah yang baru tu. Kalau nak banding dengan hak dulu tu, hai nampak lekeh lah depa tu ...........

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Keghja daghi ghumah (Work From Home )

Haghi ni aku tak pi keghja pasai sakit peghut. agak kemaghin aku masak sambal kurang masak betoi kot. bini aku pesan, kalau nak sambal kena tumeh sampai pecah minyak baghu laa elok. Tapi mana ada masa nak tunggu sampai pecah minyak .. lambat laa. Satu yang seghonok di sini (US) , kalau kita sakit kita habaq dekat boss kata kita tak pi opis , kita habaq kita keghja dari ghumah saja, tak gadoh nak pi jumpa tuan doktor mintak MC, depa main percaya saja. Tapi aku ghasa kalau di Malaysia boleh amal mcm nii alamat laa opis tak dak oghang, semua nanti bagi alasan keghja daghi ghumah,, balo'q liat semua !!. Tapi ... keghja daghi ghumah nii bukan senang jgak, kena banyak disiplin dan sabaq, pasai banyak sangat yang dok kacau, sat lagi posmen mai ketuk pintu, oghang FedEx laa, UPS laa, ada yang nak tanya jalan pun ada, tukang baca meter laaa .. adooii mcm mcm. Sebut pasai keghja daghi ghumah nii bukan semua jenis keghja jgak yang boleh buat mcm tuu, tapi mcm keghja aku tak paa la.. yang pen

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.