Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Julai 2022 - 2

Ride solo ke kuala trengganu - bersambung

Selamat Datang semula ke blog saya, Ride sepanjang jalan Jerangau - Jabor memang tidak membosankan, bila tiba di RnR Bukit Besi, aku berhenti sejenak untuk mengisi perut , dah keroncong dah perut ni. Bila parking motor di sebelah tepi, aku tak nampak ramai yang berhenti di RnR ni, mungkin ramai yang masih belum penat. Ada juga sorang dua yang dapat aku bertegur sapa. Seperti kebiasaan, resam orang kita tidak berani untuk membuka mulut untuk menegur orang luar, jadi aku terpaksa lebih dulu memberi salam, dan senyum. Dari situ baru lah ada dua tiga orang yang mula berani untuk bertanya kabar, selalunya percakapan seterusnya ialah berkisar tentang motor, berapa harga, berapa cc , berapa laju .. aku layan saja la orang dah berminat untuk bercakap. Lagi pun mungkin mereka nampak aku dah berumur itu yang membuat mereka tidak segan untuk bertanya itu dan ini. Setelah selesai makan, dah hilang penat , aku terus kan lagi untuk ke Marang , aku bercadang untuk singgah bermalam di rumah sauda

Ride solo ke kuala trengganu

secara kebetulan, kawan kawan sekolah lama sama batch SPM'76 membuat reunion di Kuala Trengganu, jadi aku ambil keputusan untuk ride dari USJ ke Kuala Trengganu. Perjumpaan itu cuma dicadangkan akan diadakan pada hari Sabtu, jadi aku mengambil keputusan untuk bertolak awal sehari (Jumaat) supaya aku tidak tergesa gesa untuk sampai.  Mula mula sekali aku berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak Shell di Toll Jalan Duta. Pekerja di situ bermurah hati untuk mengambil gambar aku dengan motor . Selepas dah penuh.. masa untuk bertolak, ke Kuala Trengganu ikut Highway Karak->Highway East Coast. Sudah lebih sejam aku, bontot pun terasa sengal sengal, aku berhenti di hentian sebelah sebelum selepas rnr Temerluh. Semasa aku berhenti tu, ada seorang lagi biker yg juga ride solo , dengan motor barunya Benelli. Kami berborak sekejap, tentang motor laa, apa lagi yang biker berborak. Inilah gambaran hentian sebelah. Setelah hilang rasa kebas bontot,, aku teruskan lagi