Skip to main content

Julai 2022 - 2

Ride solo ke kuala trengganu - bersambung

Selamat Datang semula ke blog saya,

Ride sepanjang jalan Jerangau - Jabor memang tidak membosankan, bila tiba di RnR Bukit Besi, aku berhenti sejenak untuk mengisi perut , dah keroncong dah perut ni. Bila parking motor di sebelah tepi, aku tak nampak ramai yang berhenti di RnR ni, mungkin ramai yang masih belum penat.
Ada juga sorang dua yang dapat aku bertegur sapa. Seperti kebiasaan, resam orang kita tidak berani untuk membuka mulut untuk menegur orang luar, jadi aku terpaksa lebih dulu memberi salam, dan senyum. Dari situ baru lah ada dua tiga orang yang mula berani untuk bertanya kabar, selalunya percakapan seterusnya ialah berkisar tentang motor, berapa harga, berapa cc , berapa laju .. aku layan saja la orang dah berminat untuk bercakap. Lagi pun mungkin mereka nampak aku dah berumur itu yang membuat mereka tidak segan untuk bertanya itu dan ini.

Setelah selesai makan, dah hilang penat , aku terus kan lagi untuk ke Marang , aku bercadang untuk singgah bermalam di rumah saudara disana , rumah dia tepi pantai. itu yang menarik sikit.

 Inilah yg menarik minat aku setiap kali ke pantai,

Aku sempat juga merakam suasana pagi di tepi pantai. Aku tidak nampak kelibat manusia pun semasa aku di tepi pantai, mungkin mereka pun sudah jemu.



.....  Akan Di Sambung ..

Comments

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.