Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Julai 2022 - 2

Rezeki Datang

  Kebetulan pulak, ada seorang kenalan sdra Anaz, dia ada lebihan besi besi dari projek dia, dan dia bermurah hati untuk memberikan kepada aku. Aku menerima dengan hati terbuka, sekurang kurangnya dapat laa aku gunakan untuk membuat rak rak tanaman aku. Mula mula sekali, aku buat rak untuk pokok kucai ditepi pagar. Kebetulan kawasan di tepi pagar tu pun cuma penuh dengan rumput rumpai saja. Inilah hasil pertama kerjatangan aku menggunakan besi batten. Boleh laa aku susun pokok kucai aku diatas rak rak ini. Nampaknya, kerja pembuatan rak rak ini tidak berhenti di situ saja, aku sambung lagi rak rak tersebut supaya jadi lebih panjang, memandangkan polibag kucai aku masih banyak. - 5 sept 2021.

Bertani di bandar

Semenjak balik ke 'bandaraya' aku masih ingin teruskan usahatani, tapi dengan keluasan tanah di tepi rumah yang tak seberapa, aku terpaksa berfikir cara yang lebih praktikal untuk menggunakan keluasan tanah yang ada. mula mula sekali, aku mengubah semaian kucai kucai yang aku bawak balik ke bekas polibag.  disebabkan keluasan tanah pun terhad, polibag kucai terpaksa berebut dengan pokok pokok yang lain di kawasan rumah. anak anak kucai ke polibag Di kawasan yang sempit ni ada berbagai jenis tanaman yang sudah ada. Kebetulan juga, ada kayu kayu yang berselerakan di tepi rumah, boleh juga buat rak untuk susun pokok yang ada di atas rak.

halia bentong: sudah suratan takdir

Akhirnya, aku menjejakkan kaki tapak tanam halia, bila dah dua hari sampai dari usj.  Aku, akhirnya terpaksa terima kenyataan suratan takdir.. semua pokok dalam polibag hancor diserang penyakit reput ubi. Nampaknya aku terpaksa terima kenyataan yg aku tidak akan mendapat sebarang hasil drpd tanaman ini setelah berhempas pulas selama 6 bulan, cuma lagi 3 bulan akan sampai ke peringkat tuai. RM 0 hasil musim ini ( musim ketiga). Pada mulanya aku jangkakan akan mendapat hasil yang agak tinggi jika dilihat kepada pembiakan halia didalam polibag.  Nampaknya, aku terpaksa beralih kpd tanaman kontan untuk menampung cash flow untuk kesinambungan hidup.  Segalanya datang dari Allah. Terima saja dengan hati yang tabah.  Julai 2021.

Mencuba menyemai durian

 Tiba tiba timbul pulak minat untuk menyemai anak durian, samada untuk ditanam ataupun untuk dijadikan pokok penanti. ada banyak juga video video yang aku tengok tentang proses menyemai anak durian ni. ni ada beberapa biji durian yang aku dapat dari pokok di tepi rumah dan juga pokok jiran. didalam polibag kecik tu, biji daripada pokok ditepi rumah. kemungkinan benih ini akan aku tanam terus ke tapak nanti kerana isinya yang sangat elok.

Rescue ops: halia bentong

Dah mula sikit buat rescue ops untuk selamatkan halia bentong daripada terus musnah akibat reput ubi. Ternyata, semasa proses membuang media, mana mana yang ada masaalah reput ubi ini berpunca drpd air yang bertakong dibahagian bawah polibag. Mungkin disebab lubang yang terlalu kecil. Jadi sebagai jalan penyelesaian, aku membuang semua media, dan menggantikan dengan media yg sudah kering. Dan juga aku tebok lubang yang lebih luas utk mudahkan aliran air keluar.  lepas tu, aku cuba lapik polibag ni supaya ada ruang untuk air mengalir keluar daripada polibag. buat masa ni aku guna buluh buluh dan juga besi channel, ikut mana yang sempat. satu lagi aku ikat daun daun halia yang panjang supaya ada ruang untuk sinaran matahari.  aku rasa, selain disebabkan masalah air bertakong, masaalah ni juga berpunca daripada baja yang aku tabor selepas aku balik bercuti panjang. aku ada tengok di youtube, kalau musim hujan, dilarang membaja NPK kerana kandungan 'N' yang tinggi akan merosakkan u

perkembangan tanaman: halia bentong

Setelah beberapa hari aku cuba menghindarkan diri drpd kebun halia, kerana amat sedih dgn mala petaka yg menimpa. Hari ni aku memberanikan diri utk menghampiri tapak tanaman halia. Rescue terpaksa dibuat .. dgn beberapa cara secara percubaan: 1. Buang semua media ganti baru 2. Selamatkan yg masih elok dan tanam ditempat lain 3. tebok lubang lebih luas pada polibag..

jun 27 : perkembangan kuchai

Perkembangan pokok pokok kuchai yang baru ditanam agak menarik. Kelmarin aku bubuh ayaq larutan baja lebihan daripada baja yang aku guna untuk pokok lada hitam dulu. Baja baja ni aku bancoh sebagai stok, dan aku tambah air semasa hendah menyiram. Aku tak guna alat ukuran pun masa aku bancoh larutan baja tu. ada yang kata kuchai ni bubuh larutan baja urea pun dah ckup.. 

Tanaman halia di serang reput ubi

 Hari ni jun 26, keadaan reput ubi tidak pulih spt yg diharapkan.  Sebagai jalan penyelesaian, yg mana dah kemerahan tu akan dibuang media dan bhg yg reput akan dibyang, yg elok akan ditiinggalkan dengan media yang baru. Keadaan ini disebabkan taburan hujan yg byk yg menyebabkan air bertakung didalam polibag, walaupun menggunakan media sekam bakar. June, 26 

Tanaman kontan

 Entry: Jun 2021 Semenjak aku bertani, memang aku dok pikiaq jugak untuk menanam tanaman kontan, sebagai penyumbang dana. Tapi aku masih belum berani untuk memulakan aktiviti tanaman kontan ni mungkin belum terbuka hati. Ada jiran didepan rumah aku di kebun ni, dia syorkan aku tanam kuchai, kerana lebih mudah dan juga lebih kerap untuk dapat hasil. Dia cadangkan aku pi ambik benih dari adik dia di kg alor belat tu, yang jugak tanam kuchai.  Akhirnya, sudah lebih setahun dok pikiaq pikiaq, akhirnya aku pi jumpa adik dia di alor belat tu. jadi bermula laa sessi tunjuk ajar serba sedikit ilmu menanam kuchai. Aku minta beli benih . Ada dalam 10 polibag jugak yang aku bawak balik untuk permulaan. Gambar dibawah ni, adalah gambar di tempat dia.