Skip to main content

Julai 2022 - 2

Rescue ops: halia bentong

Dah mula sikit buat rescue ops untuk selamatkan halia bentong daripada terus musnah akibat reput ubi.

Ternyata, semasa proses membuang media, mana mana yang ada masaalah reput ubi ini berpunca drpd air yang bertakong dibahagian bawah polibag. Mungkin disebab lubang yang terlalu kecil. Jadi sebagai jalan penyelesaian, aku membuang semua media, dan menggantikan dengan media yg sudah kering. Dan juga aku tebok lubang yang lebih luas utk mudahkan aliran air keluar. 

lepas tu, aku cuba lapik polibag ni supaya ada ruang untuk air mengalir keluar daripada polibag. buat masa ni aku guna buluh buluh dan juga besi channel, ikut mana yang sempat.

satu lagi aku ikat daun daun halia yang panjang supaya ada ruang untuk sinaran matahari. 

aku rasa, selain disebabkan masalah air bertakong, masaalah ni juga berpunca daripada baja yang aku tabor selepas aku balik bercuti panjang. aku ada tengok di youtube, kalau musim hujan, dilarang membaja NPK kerana kandungan 'N' yang tinggi akan merosakkan ubi. seeloknya guna baja phosphate. satu pengajaran baru.








Comments

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.