Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pengalaman

Julai 2022 - 2

Coretan Hidup

Hello catitanKu, sudah lama aku tak melawat dan mencoretkan di muka ini semenjak ada  facebook aku lebih rajin kesitu sampai rasa segan dan malas nak coretkan kat sini. Hari ni oktober 22, 2020. Hari ni aku ada di daerah Setiu, di sebuah resort, Pandan Laut Beach Resort. Resort ni cantik dan kemas, tepi laut dan pantai pun cantik. Apa yg menarik pasai resort ni, aku duduk percuma. Ada sorang sahabat yg dah tempah untuk aku. Rakan satu kolej jugak, nama fb (uma wanmat). Sebenarnya ini pertama kali aku menginap di resort ini. Uma wanmat, kebetulan sahabat rapat empunya resort. Sebenarnya, aku memang nak sangat mai ke terengganu untuk menikmati bunyi ombak mengempas diri ke pantai. Bagi aku, bunyi ombak menghempas ke pantai memberi suatu ketenangan dan kepuasan untuk aku.  Aku lebih suka kalau aku pacak kemah di tepi pantai daripada menginap di bilik chalet. Tetapi mungkin kerana kekurangan kemudahan spt bilik air, jadi terpaksa laa duduk di chalet. Oct 2020

1999 - Jan, Jejak kaki kebumi asing

 Minggu pertama Jan 1999, bulan puasa , aku mula menjejakkan kaki ke bumi Amerika, selepas mendarat di O'hare International Airport, Chicago. Ketibaan aku berseorangan, tiada siapa yang menjemput aku, sebab aku tidak kenal sesiapa. Point of contact aku ialah Property Agent yang dibayar olih company aku Whitman-Hart, untuk menguruskan kediaman aku selama seminggu. Sepatutnya, ajen itu yang menjemput aku di lapangan terbang dan membawa aku ke aparment yang telah di sediakan. Dia sudah memaklumkan kepada aku, melalui email yang dia tidak akan dapat datang menjemput aku di lapangan terbang, tetapi sebalik nya dia akan menunggu aku di apartment. Melalui email yang dia hantar dia menerangkan dengan begitu teliti apa yang aku patut buat bila sampai di lapangan terbang O'hare. Antara nya: 1. aku akan mengambil kereta-sewa yang telah ditempah untuk kegunaan aku selama 1 minggu. 2. aku akan memandu kereta tersebut dari lapangan terbang O'hare ke tempat kediaman di oakbrooke terrace, ...