Skip to main content

Julai 2022 - 2

1999 - Jan, Jejak kaki kebumi asing

 Minggu pertama Jan 1999, bulan puasa , aku mula menjejakkan kaki ke bumi Amerika, selepas mendarat di O'hare International Airport, Chicago.

Ketibaan aku berseorangan, tiada siapa yang menjemput aku, sebab aku tidak kenal sesiapa. Point of contact aku ialah Property Agent yang dibayar olih company aku Whitman-Hart, untuk menguruskan kediaman aku selama seminggu. Sepatutnya, ajen itu yang menjemput aku di lapangan terbang dan membawa aku ke aparment yang telah di sediakan. Dia sudah memaklumkan kepada aku, melalui email yang dia tidak akan dapat datang menjemput aku di lapangan terbang, tetapi sebalik nya dia akan menunggu aku di apartment.

Melalui email yang dia hantar dia menerangkan dengan begitu teliti apa yang aku patut buat bila sampai di lapangan terbang O'hare.

Antara nya:

1. aku akan mengambil kereta-sewa yang telah ditempah untuk kegunaan aku selama 1 minggu.
2. aku akan memandu kereta tersebut dari lapangan terbang O'hare ke tempat kediaman di oakbrooke terrace, Rolling Meadow, IL.
3. dia juga memberi driving direction dari O'Hare terus ke apartment, yang mana aku sendiri tak pernah paham terms yang dia gunakan, spt ramp, pass light, dan lain lain lagi.

Pada jangkaan aku sistem di lapangan terbang O'Hare adalah sama dengan sistem di KLIA, dimana kita boleh ke kaunter car-rental untuk mengambil kereta yang di tempah. Tetapi di O'Hare aku tak nampak kaunter car rental tu, pening jugak aku, mati akal jugak aku pikiaq mcm mana aku dan dimana pulak aku nak pickup kereta tu.

Kebetulan pulak, ajen tu ada meninggalkan nombor untuk contact dia bila aku dah sampai. Jadi, aku pun pi beli phone card di kedai disitu.

Dipendekkan cerita, aku tak jadi pickup kereta ditempat car-rental office, aku ambik keputusan untuk mengambil teksi terus ke apartment. Ambik ambik keputusan untuk duduk di seat depan sebab aku nak amati jalan dengan baik baik, pemandu itu  insist supaya aku dok di seat belakang. aku habaq dekat dia aku baru saja sampai dan aku nak tengok jalan jalan sebab nanti aku kena pickup kereta di car-rental. 

Nasib baik jugak aku ambik teksi, sebab perjalanan dari O'Hare ke apartment akan melalui highway dan juga terpaksa bayar tol, yang mana sendiri pun tidak ada duit untuk bayar tol sekiranya aku membawa kereta sendiri. Dari situ aku dapat melihat buat pertama kali dalam hidup aku, tol dapat dibayar dengan cuma membaling duit syiling ke lubang duit. 

Duit syiling dibaling masuk kedalam bekas, dan lampu hijau akan menyala, tanda dah boleh jalan.
 Yang peliknya, mesin ini menerima semua jenis duit syiling tempatan saperti 1sen, 5 sen, 10sen,  dan seterusnya.
Peta lakaran perjalanan daripada lapangan terbang ketempat penginapan sementara yang disediakan oleh majikan




akhirnya, sampai laa jugak aku ketempat yang dituju. Kebetulan semasa aku sampai, dalam bulan Januari dan semasa musim sejuk. Kabarnya minggu sebelum itu, salji turun dengan lebatnya, dan lapangan terbang juga telah ditutup. dan kapalterbang yang aku naik itu adalah antara yang terawal dibenarkan mendarat. Kesan kesan salji yang menebal masih tidak dicuci dan menutupi seluruh kawasan apartment, suatu pemandangan yang cantik yang pernah aku alami sendiri.


Dipendekkan cerita, aku dapat bertemu dengan ajen yang menguruskan penempatan aku. Aku ingat aku selesaikan check-in, setelah sign beberapa dokument dan juga menerima laptop dan juga beberapa folder daripada Whittman-Hart.

Kemudian aku pikirkan bagaimana aku nak pickup kereta yang sudah ditempah untuk kegunaan aku selama seminggu.
Kebetulan, diapartment itu terdapat phone book. dan aku menalipon Avis utk urusan pengambilan kereta tersebut. Aku telah menalipon teksi untuk membawa aku ke tempat yang dijanjikan untuk urusan pengambilan kereta. Terus terang aku katakan, yang aku memang tidak tahu menahu langsung dimana lokasi itu. Aku cuma bertawakkal supaya aku dapat kesana dan kembali semula ke apartment, bersama kereta tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.