Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Julai 2022 - 2

halia bentong: sudah suratan takdir

Akhirnya, aku menjejakkan kaki tapak tanam halia, bila dah dua hari sampai dari usj.  Aku, akhirnya terpaksa terima kenyataan suratan takdir.. semua pokok dalam polibag hancor diserang penyakit reput ubi. Nampaknya aku terpaksa terima kenyataan yg aku tidak akan mendapat sebarang hasil drpd tanaman ini setelah berhempas pulas selama 6 bulan, cuma lagi 3 bulan akan sampai ke peringkat tuai. RM 0 hasil musim ini ( musim ketiga). Pada mulanya aku jangkakan akan mendapat hasil yang agak tinggi jika dilihat kepada pembiakan halia didalam polibag.  Nampaknya, aku terpaksa beralih kpd tanaman kontan untuk menampung cash flow untuk kesinambungan hidup.  Segalanya datang dari Allah. Terima saja dengan hati yang tabah.  Julai 2021.

Mencuba menyemai durian

 Tiba tiba timbul pulak minat untuk menyemai anak durian, samada untuk ditanam ataupun untuk dijadikan pokok penanti. ada banyak juga video video yang aku tengok tentang proses menyemai anak durian ni. ni ada beberapa biji durian yang aku dapat dari pokok di tepi rumah dan juga pokok jiran. didalam polibag kecik tu, biji daripada pokok ditepi rumah. kemungkinan benih ini akan aku tanam terus ke tapak nanti kerana isinya yang sangat elok.