Thursday, July 16, 2009

Berkawan biar seribu

Selalunya kami yg dok di tempat oghang ni, kawan-rakan jadi keluarga terdekat. Laa ni pulak musim summer, masa ni laa nak dok luaq ghumah. Sat ni bila mai musim sejuk dok dalam ghumah saja.
Minggu ni, Azmi kata jom kita buat satay.!!! Ok laa tuu .. tang makan tu memang best, yang nak cucuk tu yang cemuih sikit. Hantam saja laa !!

Monday, July 6, 2009

Long Weekend

Minggu ni cuti agak panjang, pasai 4th July holiday. Dok ghumah pun dah mati akai, aku saja pi jalan jalan dengan bini aku ke sebelah utara Chicago, ke Wisconsin. Macam seluloi, aku selalu sedia dah camera dalam kereta, ambik laa apa apa gambaq sambil sambik dok bawak kereta tu, laa ni pulak ambik gambaq pun tak payah nak pikiaq pikiaq dah pasai bukan nak kena cuci filem macam dulu dulu. Kamera digital senang saja, tak suka gambaq tuu, delete saja. Ni salah satu gambaq yang aku tangkap masa nak potong lori angkut kereta. Dok pikiaq pikiaq , pandai pulak orang tu dok susun kereta macam ni. Ni laa oghang dok kata, kepakaran dan pengetahuan tu penting untuk buat satu satu kerja. Walau pun nampak mudah , tapi tak mudah kalau bukan bidang keja kita.

Thursday, July 2, 2009

It's summer time once again

Ni entry aku untuk bulan Julai ni, bulan Jun yang sudah tu, banyak dengan cegheta suka dan duka, cegheta suka bulan jun:

  • haghi-jadi (b/day) aku pun jatuh bulan jun, dapat hadiah daghi anak anak, T/Q kakak, wan dan yat, i love you all

  • ada kawan tu dapat anak (dekat dgn harijadi aku jgak)

  • Ikan Mas aku beteloq, tapi tak dan teloq teloq tu nak besaq, dah kena telan dengan ikan mas jantan tu pulak. ceeehhh!!


ceghita yang duka tuu.. kita tok sah dok bubuh tang ni laa kot noooo !!. oghang pun tak mau dok dengaq cegheta yg tak seghonok. oghang tua tua kata, kwn utk seghonok tu ghamai, jadi kita bahaq yang seghonok saja laa. Memang dah adat bekawan, kalau kita nak bekawan, jgan dok asyik cegheta duka kita saja, lama lama kawan pun cemueh nak dengaq, las las depa cabut.
Bulan julai ni kalau nak ikutkan kena musim panas, tapi dalam 2,3 haghi nii tak beghapa panaeh sgt, ok laa tak gaduh nak pasang air-cond, jimat sikit duit letrik.
Sebut pasai jimat letrik ni, aku dok baca baca dekat internet, kita boleh buat letrik sendiri guna tenaga suria dan jugak angin, lepas tu kalau kita sambung balik ke talian letrik (depa panggil grid), meter kita akan jalan reverse bila letrik yang kita hasilkan tu dimasukkan ke grid. Ini satu rahsia yang aku rasa pihak syarikat letrik tak mau habaq dekat oghang, depa takut sat ni depa jadi rugi pulak.
Aku dok teghingat masa dok aloqbelat dulu, kalau masa musim kemarau, nahh aii.. matahari tepacak atas langit, dengan awan yang biru satu awan pun tak dak..kalau buat projek letrik suria pun boleh situ.

... jumpa lagi