Thursday, December 31, 2009

DIY - weekend mechanic


minggu lepaeh van aku buat ghagam lagi.. tak boleh nak start pasai sejuk sgt. tahun lepaeh pun jadi jgak macam tu. Cuba pi check dekat internet, memang masalah yang common utk van jenis ni. masalah dengan ignition switch dia. Tadi baghu pi dekat tempat potong-kereta ( junk-yard) pi caghi ignition switch .. mamat tu bagi setongkoi switch dengan wayar wayar sekali.
Jadi minggu ni ( cuti awai tahun 2010) aku kena dok pomen benda ni, rongkah yang lama, lepaeh buboh yang 'baru' ni.

Monday, December 14, 2009

Community sites

pejam celik pejam celik, dah nak ujong tahun, lepaeh tu naik tahun baghu 2010. cepat sungguh masa bejalan. Aku peghnah baca satu article pasai keadaan bumi kita yang makin condong, akibat nya buat putaran bumi jadi cepat, kalau dulu kita ada 24 jam satu haghi, laa nii dah tinggai kurang dari 20 jam satu haghi. Aku pun dah lupa article tu.. tapi tak paa nanti kalau aku jumpa aku post link dia tang ni.

Aku baghu jumpa artikel nii http://www.abovetopsecret.com/forum/thread74946/pg1
pasai bumi pusing makin laju ..


Laa ni oghang dok sibuk pasai update community sites, laa ni yang dok jadi hangat ialah Facebook, sebelum facebook pun dah ada macam macam community sites macam friendster dan ntah apa apa lagi.
Ada orang dok predict satu hari nanti mungkin email pun akan hapus, dan orang akan berkomunikasi melalui community website. Tapi kalau dah internet pun slow, mcm mana pulak.

Ada kawan aku baghu baghu ni balik kampung ke Malaysia, dia habaq internet di Malaysia slow giler ( tu xpression oghang oghang la ni). Nak download/tengok youtube kena tunggu satu hari..mak aiii... kalau macam tuu memang parah laa. Padan laa investor investor tak berapa nak mai melaboq di Malaysia, dok bom saja lebih.

Satu yang aku nak tegelak, dia kata bila balik kampung, disana panaeh lit lit, pasang kipaeh angin deghaeh becabu, tapi dok ghasa paneah lagii.. kesian kesian.

Aku tak nak kata, boleh jadi post ni utk penutup untuk tahun 2009 kot, tak tau laa kalau kalau dalam 2 , 3 haghi ni aku ada apa apa nak tuleh tang ni. Aku nak ucapkan Selamat menyambut Tahun 2010, dengan azam dan cita cita dan tekad dah usha yang lebih kuat.

Selamat Tahun Baru 2010