Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Julai 2022 - 2

Persiapan Raya

bila sebut pasai bersiap nak ghaya ni, mcm mcm benda yang kita dok buat, aku dok ingat kalau dok di Msia, bila dah dekat nak ghaya ni kelam kabut nak tempah baju ghaya, nak order kuih, nak beli tu, nak beli ni, nak mcm mcm nak, pendek kata semua nak yang baghu. Tapi bila dok jauh mcm ni, tak kisah sgt pasai nak beli beli semua tu, pasai orang pun tak kisah sgt apa yang kita dok pakai. Tahun ni, kami kacau dodoi lagi, tapi dengan kawan yang lain pulak, pasai kawan kawan yang dulu dah pun balik Msia, sapa sapa pun tak kisah laa, janji kawan. Aku ghasa kalau aku dok Msia, aku tak kan dapat merasa pengalaman kacau dodoi ni, pasai semua apa yang kita nak, kita boleh pi kedai beli saja, huluq saja duit , dapat laa. kalau tak huluq..haa kebuluq laa.

Lepas Posa ... kita ghaya

dok tak dok, pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan posa. Laa ni posa tak semegheyah macam masa posa zaman kita budak budak dulu masa zaman 60an. Dulu kalau dah dekat dengan time ghaya, malam malam budak budak dah main bunga api, main mercun, dan ada yang terlebih berani tu buat meriam tanah atau meriam buluh. Tapi budak budak masa dulu, kalau main meriam buluh pun tak laa sampai putus tangan, tak laa sampai yang mati, pasai kami dulu lagi terraa (hebat). tapi tu cerita dulu. Raya tahun ni ekonomi agak meleset, jadi kita bersederhana saja. walau macam mana pun.. aku nak ucap Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin pada sapa sapa yang dok mai jengok blog aku nii. Pada sedara mara di kampung, aku juga pohon maaf kalau ada yang tersilap. Insya Allah kalau panjang umuq, lagi beberapa tahun kita dapat beraya sama sama.... ghasa tak sabaq nak balik.