Skip to main content

Julai 2022 - 2

Lepas Posa ... kita ghaya


dok tak dok, pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan posa. Laa ni posa tak semegheyah macam masa posa zaman kita budak budak dulu masa zaman 60an. Dulu kalau dah dekat dengan time ghaya, malam malam budak budak dah main bunga api, main mercun, dan ada yang terlebih berani tu buat meriam tanah atau meriam buluh.
Tapi budak budak masa dulu, kalau main meriam buluh pun tak laa sampai putus tangan, tak laa sampai yang mati, pasai kami dulu lagi terraa (hebat). tapi tu cerita dulu. Raya tahun ni ekonomi agak meleset, jadi kita bersederhana saja.

walau macam mana pun.. aku nak ucap Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin pada sapa sapa yang dok mai jengok blog aku nii. Pada sedara mara di kampung, aku juga pohon maaf kalau ada yang tersilap. Insya Allah kalau panjang umuq, lagi beberapa tahun kita dapat beraya sama sama.... ghasa tak sabaq nak balik.

Comments

Cucu Tok Derga said…
Hariraya adalah detik-detik yang amat sayu, terutama jika di perantauan. Habis teringat semua....
xan said…
betoi tuu .. tapi kalau kita dah berani nak kluaq merantau..kita kena berani lawan perasaan . kata orang kalau takut dilambong ombak jgn dok buat pondok di tepi pantai.. buat laa rumah haram dekat taman taman mana pun... hhahah

Popular posts from this blog

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai...

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Loghat Kedah

Aku ingat utk blog yang nak mai nii ..aku nak tuleh dlam loghat kedah laa kot .. sebenaqnya loghat kedah nii banyak dok ikot cagha tulisan jawi .. contoh nya air (water) oghang kedah sebut aya'q ... kalau tuleh dlm tulisan jawi alif-ya-'ain jadi aya'q .. baghu laa betoi cagha sebutan.. Aku dengak , banyak jugak oghang belah selatan yang dok cuba tighu cara oghang kedah cakap ..tapi tak beghapa nak jadi jugak.. depa nak tighu pelat kedah ..tapi jadi loghat mamak penang . Satu lagi .. loghat kedah nii .. dengan loghat penang tak sama . memang tak sama .. pasai orang penang cakap dia ada influence 'mamak' sikit sikit..isshhh bukan sikit ... banyakkkkk.. tau laa kalau 'mamak' cakap ..kalut lain lain macam hang pun..!! Oiiii sori laa oghang penang.. mintak kutuk sikit.. hang bukan tak tau .. kutuk kutuk niii beesa laa .. kalau tak kutuk oghang memang tak sah. Tapi aku ghasa memang mcm tuu kott adat oghang bekawan.. mula mula jumpa misti kutuk dulu .. lepas tuu...