Wednesday, May 21, 2008

Sambung projek hidrojen



Aku habaq dulu, aku nak buat sendiri hydrogen generator aku sendiri, haghi ni aku sambung balik projek aku yang tebantut pasai susah nak caghi bahan bahan nak buat, aku dapat bahan bahan lepaeh dok pi jengok kena sana jengok kedai sini, belek sana belek tang ni.

Ni laa hasil hydrogen generator yang dah siap di pasang, tapi tak test lagi.. ha hahaha. Ni baghu phase pertama, phase kedua nak kena modify MAP sensor dan onboard computer. Part ni teknikal sikit laa. Phase ketiga nak kena buat PVC enhancer. Canggih jugak bunyi tu yopp (oghang Perak punya stail ). Macam kawan kawan selalu dok buat lawak kat mekanik.. hang buat apa pun ..janji jangan telebih skrew sudahh!!. :))

Pindah bilik sewa lagi ..


Haghi aku pindah bilik sewa lagi.. bilik yang aku sewa dulu tak baguih sgt pasai tak dak internet. Aku dok tengok tengok iklan di craigslist ada mak cik tu nak sewa bilik, so email dia, dia kata bilik tu ada lagi. Sewa bilik termasuk katil 'king-size bed', dresser,meja tepi, peti ais, meja , tv dan yang penting internet pun termasuk dlm sewa.
Ini laa ghumah tempat bilik yang aku sewa.

Monday, May 19, 2008

Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Ibu

Maaooh laa pasai lambat ucap Selamat Hari Guru pada semua cikgu cikgu tak kegha dok tang mana. Aku ingat lagi masa mola mola aku pi sekolah, SK Lahar Budi. Masa tuu sekolah start samada bulan 12 atau pun bulan 1 (Januari) aku pun tak beghapa ingat, tapi aku ingat masa tu memang kena musim kemaghauu.. it was in 1965.. longggg time ago. Aku ingat masa mola mola pi sekolah memang suspense laa.. maklum laa mana peghnah pi sekolah before this.. mana ada kelas tadika, mana ada kelas Kemas macam laa ni. Tau tau pi sekolah masuk darjah I. Ada sorang cikgu nii.. memang cenge ( garang). Depa kata cikgu tu tak gaghang cuma sogha dia saja yang deghaehh (kuat).. ada oghang kampong kata dia ni ghempangg .. ha ha ha ha.. anyway. He was one good cikgu. Nak tau nama dia dak ??.. Nama dia Cikgu Mat 'Cerut'. pasai dia hisap cerut cap ikan.
Ada banyak lagi cikgu cikgu yang aku masih ingat .. tapi tak cukup laa blog nii kalau nak habaq semua. Cikgu Kamis ( guru besar masa tuu), oghang pekan bebbbb !!.. ada setail.
Untuk semua cikgu cikgu sekali lagi Selamat Hari Guru.

dan Selamat Hari Ibu jugak.. macam lagu P.Ramlee.. Ibu.

Ibu Ibu engkau lah ratu hati ku,
tempatku mencurah kasih, wahai ibu

Thursday, May 8, 2008

Loghat Kedah

Teghema kaseh dekat ghost_mar komen pasai loghat kedah yang pekat sgt. Sebenaqnya aku cuba nak kekal kan loghat asai kedah sebanyak mungkin. Maklumlaa kita nii 'oghang-lama'. Tak beghapa selesa dengan perkataan moden.
Kalau nak ikut, loghat aku pun dah banyak yang tak 'original' pasai dah lama dok idup merempat di tempat oghang.

Tadi aku ada terjumpa satu blog habaq pasai oghang kedah http://www.kamuskedah.blogspot.com/. Kalau sapa sapa nak tau asai usui oghang kedah boleh pi tang tuu.

Till next time .... Wasallam

Monday, May 5, 2008

Nostalgia



Nostalgia ..kalau nak ikut makna dari Wikipedia "Nostalgia describes a longing for the past, often in idealized form. Nostalgia may or may not also be known as homesickness."
Aku ada gambaq gambaq yang dok selalu putaq putaq dalam kepala aku.. The pictures tell thousand words