Monday, August 20, 2012

3 syawal , aloq staq

Semalam kami sekeluarga tidoq di homestay dekat Jalan Sultanah Bahiyah. Puas jugak dok cari alamat rumah di google map dan jugak di gps, tak jumpa jugak. Agaknya pasai taman tu pun baru lagi. Kalau sapa sapa yang kebetulan dok baca ini dan dok cari jugak alamat homestay tu, coordinate gps dia N 06.14407 E 100.34735.

Pagi tadi lepas semayang subuh aku pun keluaq cadang nak cari tempat makan boleh pekena teh tarik kaa roti canai kaa, aku pun pi dekat pasar mergong yang dekat Kampubg Berjaya tu, agaknya pasai awai lagi satu kelibat pun tak nampak, jadi aku pusing balik pi kot belah jalan hospital tu, pasai ada satu kedai makan pokok ceri ada situ, nama kedai makan tu Restoran Al hameed kalau tak silap.
Bila aku sampai situ ada jugak pak aji pak lebai dok makan situ, agaknya depa singgah situ lepas semayang subuh tadi.

Saturday, August 18, 2012

Raya Aidil Fitri 2012

Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini di tempat sendiri di USJ 3 Subang Jaya, tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul untuk menyambut Aidil Fitri bersama sama. Tidak seperti tahun tahun lepas kami beraya di luar negara selama 13 tahun.
Dipagi yang mulia ini aku mendoakan supaya Allah mencucuri rahmatNya kepada arwah kedua dua ibu dan bapa yang telah kembali ke hadrat Ilahi.

Seperti biasa, aturcara hariraya akan dimulai dengan me'nyorok' masakan isteri siapkan, terasa janggal pulak makan pagi pagi nih setelah sebulan tidak me'nyorok'.
Lepas itu akan ke masjid yang terdekat, iaitu Masjid Annur di USJ4, yang cuma sepelaung saja dari rumah.
Ramai juga aku tengok jemaah jemaah masjid ini dipagi raya ini. Mungkin ramai yang senasib dengan aku yang sudah tidak ada 'kampung' lagi untuk balik beraya, jadi mengambil keputusan untuk beraya tempat orang yang sudah pun jadi 'kampung halaman' sendiri.

Aku dapat rasakan sedikit kelainan bila beraya ditempat sendiri ini, tidak sperti kami beraya diluar negara dimana setiap akan membawa juadah bersama sama ke masjid untuk dinikmati bersama sama selepas sembahyang. Disini, nampaknya semua orang datang dengan tangan kosong.

Lepas sembahyang

Friday, August 10, 2012

Skuter

Baru beli skuter second hand jenis Modenas Elegan 150 dari seorang dealer di Kajang yang aku nampak ads dia di mudah.my. Meter pun dah dalam 56k kilometer. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah aku hantar pi kedai motor Maju Motor Racing di seksyen 16 Shah Alam.
Hasil dari nasihat kenalan kenalan , kenderaan skuter ni kena selalu servis bhg cvt, kerana cvt ni adalah gerak nadi kenderaan jenis skuter.
Gedebak gedebuk kena byk ratus ringgit jugak untuk bayar termasuk harga servis dan juga parts.

Friday, August 3, 2012

Berpuasa di Malaysia

Alhamdulillah, tahun ini 2012, akhirnya kami dapat berposa di Malaysia setelah 13 tahun berposa di luar negara.
Ghasa seghonok dapat menikmati semula suasana musim bulan posa dengan bazaar bazaar ramadzan yg tumbuh mcm cendawan.
Ghasanya masa inilah sapa sapa yang ada minat berniaga akan berniaga, yang minat buat kueh , yang minat masak lauk pauk dan macam macam lagi. Tapi yang peliknya bila dah lepas bulan posa semua tu hilang teghuih.

Begitu jugak dengan masjid dan surau, tiba tiba jadi penuh sesak dengan orang.

Tapi walau macam mana pun aku masih bersyukur dapat berpuasa dinegara sendiri pada tahun ini dan tahun tahun yang akan datang.