Skip to main content

Julai 2022 - 2

3 syawal , aloq staq

Semalam kami sekeluarga tidoq di homestay dekat Jalan Sultanah Bahiyah. Puas jugak dok cari alamat rumah di google map dan jugak di gps, tak jumpa jugak. Agaknya pasai taman tu pun baru lagi. Kalau sapa sapa yang kebetulan dok baca ini dan dok cari jugak alamat homestay tu, coordinate gps dia N 06.14407 E 100.34735.

Pagi tadi lepas semayang subuh aku pun keluaq cadang nak cari tempat makan boleh pekena teh tarik kaa roti canai kaa, aku pun pi dekat pasar mergong yang dekat Kampubg Berjaya tu, agaknya pasai awai lagi satu kelibat pun tak nampak, jadi aku pusing balik pi kot belah jalan hospital tu, pasai ada satu kedai makan pokok ceri ada situ, nama kedai makan tu Restoran Al hameed kalau tak silap.
Bila aku sampai situ ada jugak pak aji pak lebai dok makan situ, agaknya depa singgah situ lepas semayang subuh tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.