Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 1999

Julai 2022 - 2

1999 - Jan, Jejak kaki kebumi asing

 Minggu pertama Jan 1999, bulan puasa , aku mula menjejakkan kaki ke bumi Amerika, selepas mendarat di O'hare International Airport, Chicago. Ketibaan aku berseorangan, tiada siapa yang menjemput aku, sebab aku tidak kenal sesiapa. Point of contact aku ialah Property Agent yang dibayar olih company aku Whitman-Hart, untuk menguruskan kediaman aku selama seminggu. Sepatutnya, ajen itu yang menjemput aku di lapangan terbang dan membawa aku ke aparment yang telah di sediakan. Dia sudah memaklumkan kepada aku, melalui email yang dia tidak akan dapat datang menjemput aku di lapangan terbang, tetapi sebalik nya dia akan menunggu aku di apartment. Melalui email yang dia hantar dia menerangkan dengan begitu teliti apa yang aku patut buat bila sampai di lapangan terbang O'hare. Antara nya: 1. aku akan mengambil kereta-sewa yang telah ditempah untuk kegunaan aku selama 1 minggu. 2. aku akan memandu kereta tersebut dari lapangan terbang O'hare ke tempat kediaman di oakbrooke terrace,