Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Julai 2022 - 2

Rezeki Datang

  Kebetulan pulak, ada seorang kenalan sdra Anaz, dia ada lebihan besi besi dari projek dia, dan dia bermurah hati untuk memberikan kepada aku. Aku menerima dengan hati terbuka, sekurang kurangnya dapat laa aku gunakan untuk membuat rak rak tanaman aku. Mula mula sekali, aku buat rak untuk pokok kucai ditepi pagar. Kebetulan kawasan di tepi pagar tu pun cuma penuh dengan rumput rumpai saja. Inilah hasil pertama kerjatangan aku menggunakan besi batten. Boleh laa aku susun pokok kucai aku diatas rak rak ini. Nampaknya, kerja pembuatan rak rak ini tidak berhenti di situ saja, aku sambung lagi rak rak tersebut supaya jadi lebih panjang, memandangkan polibag kucai aku masih banyak. - 5 sept 2021.

Bertani di bandar

Semenjak balik ke 'bandaraya' aku masih ingin teruskan usahatani, tapi dengan keluasan tanah di tepi rumah yang tak seberapa, aku terpaksa berfikir cara yang lebih praktikal untuk menggunakan keluasan tanah yang ada. mula mula sekali, aku mengubah semaian kucai kucai yang aku bawak balik ke bekas polibag.  disebabkan keluasan tanah pun terhad, polibag kucai terpaksa berebut dengan pokok pokok yang lain di kawasan rumah. anak anak kucai ke polibag Di kawasan yang sempit ni ada berbagai jenis tanaman yang sudah ada. Kebetulan juga, ada kayu kayu yang berselerakan di tepi rumah, boleh juga buat rak untuk susun pokok yang ada di atas rak.