Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Julai 2022 - 2

Summer Holiday

Laa ni musim summer, semua mat-saleh sini seluloinya depa pi jalan jalan musim summer, pasai masa nii laa anak anak semua cuti panjang. Aku pun dok pikiaq nak pi jalan sama jugak tapi dok pikiaq lagi mana nak pi pun tak tau. Aku dah habaq dah dekat client aku, aku tak dak opis dlm 2 minggu. tapi tak boleh laa cuti lama lama nanti miss sorruu. tak dak keghja tak dak duit masyuukkk. Aku ingat masa aku dok Msia dulu.. aku selalu dok pi jalan jalan cari ayaq-teghjun(waterfall laah!!). Aku ghasa ayaqTeghjun yang aku suka pi masa dulu di Camang, Bentung ( masa tuu masih dlm kws hitam lagi.. nak pi situ kena lepas road-block army ).. laa dah ok kot. AyaqTeghjun Sekayu di Trganu pun cantik jgak.. tapi banyak sampah sarap. maklum laa kiter ni bukan perihatin sgt pasal buang buang sampah ni. punggai tang mana dan saja. ha ha ha. Tapi bila sebut pasai ayaqTeghjun, satu yang aku tak boleh lupa, bila kami pi ke Lata Jarom, dekat Lipis Pahang. masa kami sampai di Lata Jarom tu dah agak petang dlm ja

Projek ayaQ

laa ni aku dok cuba nak siapkan pesanan utk projek ayaQ hidrojan, maklumlaa dok buat soghang soghang lambat laa sikit. Siang pi keja, balik keghja masak pulak, lepaeh tu baghu boleh makan, lepaeh makan , kena rehat.. lepaeh tuu baghu laa boleh sambong buat projek ayaQ nii . Nii laa gambaq workbench aku .. nampak beseleghak sikit. Aku ada globe trekker utk nak tengok sapa dok pi tengok projek ayaQ aku di blog lain http://www.azizans.com .

Fumigate ghumah

Apa tuu 'fumigate' ?. Kalau nak ikutkan terjemahan kamus Webster , maknanya lebih koghang mcm ni laa.. 'fumigate' maksud dia kita semboq asap dalam ghumah atau kawasan nak bagi hilang serangga atau lipas, atau apa saya dalam rumah. Haghi ni, tuan ghumah aku dah habaq dah dia nak fumigate ghumah, jadi haghi nii aku sebok nak kemas akuarium aku, dan pindah semua ikan ikan aku dlm tangki kecik bawak keluaq daghi ghumah, sat ni kena asap ..mampuih habis laa ikan ikan mas aku tu pulak.., jadi laa !!! tak dapat himpun tekoi mas, dapat himpun ikan mas pun jadi laa.. mcm datuk penyanyi M Daud, dia ada gigi mas .. oghang kelantan dok di Pasir mas, naik kapai terbang mas, makan jala mas.. ada yang terjun sungai mati le mas. Sini, dah jadi mcm satu amalan tuan tuan ghumah dia fumigate ghumah depa tiap tiap tahun, depa cukup pantang kalau nak menatang lipaeh dlm ghumah, aku pun tak tau pasai apa. Untung laa sapa sapa yang ada bisness fumigation ni. ok laa chiow dulu ..

Hydrogen Generator - Improved Design

Selepas, testing beberapa reka-bentuk, sekarang aku cuba improve design supaya nampak lebih canggih.. inilah design berbaru hydrogen-generator aku. Dibanding kan dengan tin Coke, tak banyak beza.. jadi dengan reka-bentuk yang terbaru, benda ni lebih senang utk di pasang dimana mana, tempat yang sempit di bahagian enjin ataupun di bahagian grill depan didepan radiator. .. kali nii boleh bertanding di pasaran terbuka .. lol.

Alternative Fuel - BIO-diesel

laa nii bila harga minyak dah jadi mahai .. semua orang dah jadi mcm pejat kena panas. dok tak toghah ( tak tentu arah), dok caghi alternative fuel ( kat mat saleh). Aku dok tengok satu yang menarik pasai alternative fuel ialah bio-diesel. Ada sorang mamat ni dia buat bio-diesel dari minyak masak yang terpakai, dan yang menarik minyak masak terpakai nii dia dapat free saja dari restoran, pasai restoran dia tak boleh pakai-semula minyak masak .. minyak masak yang terpakai kena buang, jadi mamat ni pi ambik saja la dekat tempat buang sampah belakang restoran tuu, lepaeh tuu proses sikit jadi bio-diesel.. masuk dalam kereta ... minyak-free bebbb!!!. ghaya sakan laa mamat tuu. Aku ingat dulu, di Msia ada jgak ura-ura nak buat bio-diesel dari minyak sawit, dah mintak mercedes buat special enjin utk bio-diesel.. last last sengappp mcm tu, menteri yang dok bising bisin pasai bio-diesel pun tak tau dah pi mana dah pun .. dah mati dah kot !!. Tu laa di Msia, bila menteri mati, R&D (research

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.