Skip to main content

Julai 2022 - 2

Fumigate ghumah

Apa tuu 'fumigate' ?. Kalau nak ikutkan terjemahan kamus Webster , maknanya lebih koghang mcm ni laa.. 'fumigate' maksud dia kita semboq asap dalam ghumah atau kawasan nak bagi hilang serangga atau lipas, atau apa saya dalam rumah. Haghi ni, tuan ghumah aku dah habaq dah dia nak fumigate ghumah, jadi haghi nii aku sebok nak kemas akuarium aku, dan pindah semua ikan ikan aku dlm tangki kecik bawak keluaq daghi ghumah, sat ni kena asap ..mampuih habis laa ikan ikan mas aku tu pulak.., jadi laa !!! tak dapat himpun tekoi mas, dapat himpun ikan mas pun jadi laa.. mcm datuk penyanyi M Daud, dia ada gigi mas .. oghang kelantan dok di Pasir mas, naik kapai terbang mas, makan jala mas.. ada yang terjun sungai mati le mas.

Sini, dah jadi mcm satu amalan tuan tuan ghumah dia fumigate ghumah depa tiap tiap tahun, depa cukup pantang kalau nak menatang lipaeh dlm ghumah, aku pun tak tau pasai apa. Untung laa sapa sapa yang ada bisness fumigation ni. ok laa chiow dulu ..

Comments

darah59 said…
Ha..Kami di Malaysia pun fumigate gak rumah kami, tapi cuma bila ada kes denggi dalam kawasan tu saja.. Lipaih kalau tak dak dalam rumah di Malaysia rasa macam tak cukup syarat pulak...Hahahaha.
BookKeeper said…
en xan, camner nak maintain sendiri uwiseent.com? tak la susahkan en xan.. tkasih
jelikweyh said…
rs2 nyer bkn lipas jer kot ...
anai2 pn d'org jg supaya x kasi idop ... tol x ???

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.