Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Julai 2022 - 2

Habatus Sauda - Black Seed

Selain dari pemecah batu karang , aku juga memperkenalkan satu penawar untuk semua jenis penyakit (kecuali mati) . Produk ini bukannya ubat, tetapi ianya ada penawar, yang patut kita jadikan amalan pemakanan setiap hari. Produk ini bernama Habatus Sauda &  Madu yang dirumus khas untuk pemakanan harian. Ramuan yang digunakan : Jintan Hitam mentah yang ditumbuk halus dan madu asli. Tiada bahan awet dan pewarna atau perasa tiruan. Sebagai penawar dipercayai Habatus Sauda’ boleh: a.  Menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri. b.  Menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif. c.  Kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit. d.  Menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy. e.  Mengurangkan penderitaan akibat penyakit. f.  Mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan. g.  Menolong mencegah penyakit dari menja

Pemecah Batu Karang - Kidney & Gall Stone Breaker

Kali ini , aku nak bagi tau tentang satu ubat tradisional untuk mereka yang mengidap 'batu karang'. Ubat ini, ada lah buatan dirumah, bukan nya dibuat dikilang , bermakna barang ini menerima penghayatan dan tumpuan yang sepenuh dari pembuat. Khasiat dan kesan boleh dilihat dalam 24 jam selepas diminum derita sakit batu karang akan hilang, dengan izin Allah. Menakjubkan !! Macam tak percaya, !!, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, inilah hakikat yang berjaya dialami oleh ramai pesakit setelah mengambil ramuan ini. Ramun ini dihasilak daripada beberapa herba dan rempah ratus terpilih dengan campuran sedikit cuka, garam dan air sebagai asas. Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan dan kini Home Formula menemuinya kembali dan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil. Alhamdulillah, ia cukup berkesan kerana ramai yang mengambilanya. Pada kebiasaannya, dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai

Ride solo ke kuala trengganu - bersambung

Selamat Datang semula ke blog saya, Ride sepanjang jalan Jerangau - Jabor memang tidak membosankan, bila tiba di RnR Bukit Besi, aku berhenti sejenak untuk mengisi perut , dah keroncong dah perut ni. Bila parking motor di sebelah tepi, aku tak nampak ramai yang berhenti di RnR ni, mungkin ramai yang masih belum penat. Ada juga sorang dua yang dapat aku bertegur sapa. Seperti kebiasaan, resam orang kita tidak berani untuk membuka mulut untuk menegur orang luar, jadi aku terpaksa lebih dulu memberi salam, dan senyum. Dari situ baru lah ada dua tiga orang yang mula berani untuk bertanya kabar, selalunya percakapan seterusnya ialah berkisar tentang motor, berapa harga, berapa cc , berapa laju .. aku layan saja la orang dah berminat untuk bercakap. Lagi pun mungkin mereka nampak aku dah berumur itu yang membuat mereka tidak segan untuk bertanya itu dan ini. Setelah selesai makan, dah hilang penat , aku terus kan lagi untuk ke Marang , aku bercadang untuk singgah bermalam di rumah sauda

Ride solo ke kuala trengganu

secara kebetulan, kawan kawan sekolah lama sama batch SPM'76 membuat reunion di Kuala Trengganu, jadi aku ambil keputusan untuk ride dari USJ ke Kuala Trengganu. Perjumpaan itu cuma dicadangkan akan diadakan pada hari Sabtu, jadi aku mengambil keputusan untuk bertolak awal sehari (Jumaat) supaya aku tidak tergesa gesa untuk sampai.  Mula mula sekali aku berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak Shell di Toll Jalan Duta. Pekerja di situ bermurah hati untuk mengambil gambar aku dengan motor . Selepas dah penuh.. masa untuk bertolak, ke Kuala Trengganu ikut Highway Karak->Highway East Coast. Sudah lebih sejam aku, bontot pun terasa sengal sengal, aku berhenti di hentian sebelah sebelum selepas rnr Temerluh. Semasa aku berhenti tu, ada seorang lagi biker yg juga ride solo , dengan motor barunya Benelli. Kami berborak sekejap, tentang motor laa, apa lagi yang biker berborak. Inilah gambaran hentian sebelah. Setelah hilang rasa kebas bontot,, aku teruskan lagi

سلامت هاري راي.. Selamat Hari Raya 2013

Pertama sekali , Selamat Hari Raya Eidil Fitri 2013 untuk semua yang terjumpa blog ini. Semasa aku menulis entry ini, ini malam raya eidil fitr 2013 bersamaan Khamis pukul 3 pagi. Aku dah tidoq awai, jadi laa ni dah tak boleh nak tdoq sbb dah tak ghasa mengantuk dah. Dok teringat pada arwah mak dan pak yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu, sekalong doa untuk arwah mak dan pak, Rabbiqfirli Walidaiya, Warhamhuma kama rabbayani soghira .. Ya Allah ampunkan lah dosa aku dan dosa kedua ibu bapa ku , dan jagalah mereka seperti mereka menjaga aku semasa kecil dulu, Amin. Aku sebenarnya dok pikiaq pikiaq, tenang tenang ( sebutan tay nang ) untuk buat ride solo pusing semenanjung tanah melayu. Aku dok google, ghamai jugak yang dah ride solo, seghonok jugak, aku pun tiba tiba ghasa macam nak buat jugak, ride solo. Tak tau sama ada aku masih bertenaga untuk buat pasai umoq aku pun dah masuk 55 tahun. Tapi walau macam mana pun, kita jangan jadikan umoq sebagai satu pengh

BBQ

dok tak dok, dah setahun lebih kami sekeluarga balik ke Malaysia. Masih ada barang barang bawak balik dulu yang belum boleh digunakan sepenuh kerana beberapa masalah teknikal. Salah satu barang ialah BBQ grill yang dah lama digunakan masa di US dulu, bila bawak balik nak guna macam ada masalah sebab valve di kepala gas yang tidak sama dengan yang di gunakan di malaysia. Di Malaysia gas masak menggunakan NGV , mungkin tekanan gas agak rendah jika dibandingkan dengan propane yang digunakan di US. Aku tiada pilihan lain selain dari modified setelah di belek belek, aku terjumpa satu dapor gas lama di rumah, yang jarang digunakan, jadi aku ingat aku akan 'curi' valve ON-OFF dari dapor tu dan pindahkan ke bbq grill ini,

meng'grill'

salam sejahtera blogger semua, dah lama jugak aku tak menulis di blog ini, pasai bila balik mai ke Malaysia ni, ghasa macam tak dan nak buat apa apa, kalut semacam saja. Nak buat tu, nak buat ni, macam nak kena buat. Dua minggu lalu, aku bekerja dengan satu syarikat di Kajang, waktu kerja dari pukoi 9 pagi sampai pukoi 6 petang. Biasa laa kita ni.. bila dah satu hari dudok di pejabat, ghasa cemuih mula laa naik, nak ghasa angin luaq pulak, nak tengok dunia jugak. Aku cabut lepas pukoi 6. Esok pulak, boss pun sound dia kata, sepatutnya aku yang dah senior tak boleh balik awai. Macam kena cucuk bontot laa aku bila dia sound macam tu. Mana boleh paksa dia duduk pejabat , kalau kita nak duduk pejabat lepas waktu pejabat atas kehendak kita, itu lain cerita, tapi kalau company yang nak kita duduk lama lama lepas waktu pejabat , kena laa ada imbuhan seperti allowance makan kaa, allowance teksi kaa. Ini tidak , suruh kita kerja lebih, tapi tak  mau bayar lebih. Aku cuma dapat bertahan di si