Skip to main content

Julai 2022 - 2

meng'grill'

salam sejahtera blogger semua, dah lama jugak aku tak menulis di blog ini, pasai bila balik mai ke Malaysia ni, ghasa macam tak dan nak buat apa apa, kalut semacam saja.
Nak buat tu, nak buat ni, macam nak kena buat.

Dua minggu lalu, aku bekerja dengan satu syarikat di Kajang, waktu kerja dari pukoi 9 pagi sampai pukoi 6 petang. Biasa laa kita ni.. bila dah satu hari dudok di pejabat, ghasa cemuih mula laa naik, nak ghasa angin luaq pulak, nak tengok dunia jugak. Aku cabut lepas pukoi 6. Esok pulak, boss pun sound dia kata, sepatutnya aku yang dah senior tak boleh balik awai. Macam kena cucuk bontot laa aku bila dia sound macam tu. Mana boleh paksa dia duduk pejabat , kalau kita nak duduk pejabat lepas waktu pejabat atas kehendak kita, itu lain cerita, tapi kalau company yang nak kita duduk lama lama lepas waktu pejabat , kena laa ada imbuhan seperti allowance makan kaa, allowance teksi kaa. Ini tidak , suruh kita kerja lebih, tapi tak  mau bayar lebih. Aku cuma dapat bertahan di situ selama 2 minggu, kerana aku rasa tidak sesuai dengan cara kerja disitu.

Berbalik pada grill yang aku bawak balik dari US dulu, dah lama jugak grill tu duduk ditempat simpan sebab ada masalah valve, setelah pikir lama lama, aku mengambil keputusan untuk menggantikan valve itu dengan valve dari dapor gas yang sudah lama.

Aku terpaksa berulang alik ke kedai repair radiator untuk meminta apek tua tu memetri kepala valve mengikut aku punya idea. Nasib baik apek tu pun macam paham jugak. Sebagai hasilnya, dapatlah kami menggrill setiap kali ada peluang.




Comments

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.