Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Julai 2022 - 2

Ride Solo ke Trengganu , Kedah - part II

ceghita aku pasai ride ni tak habeh lagi ,, ni baghu sampai ke Marang , jauh lagi ni. Esoknya aku bangun awai jugak, tidoq malam pun tak berapa nak selesa, maklumlah laa selalu tidoq ada airkon , ada tilam , ni tidoq ataeh pasiaq , kena pulak tempak aku pacak kemah tu jadi ber gon pulak , bila tidoq dia bergolek .. hhahah.. apa pun kira ok la, tak dak orang dok mai kacau, buka kemah tengok motor aku pun dok ada lagi. selamat alhamdulillah. Dah pagi, pi ambik wudhu , semayang subuh dulu laa hang kata. Kemudian baru mula cerah sikit sikit. Baru nampak keliling. Inilah hasilnya bila hari dah terang .. satu satunya kemah di pantai .. 

Masalah Batu Karang

Ramai juga mereka mereka yang menderita menahan sakit kerana batu karang, aku tak pernah kena jadi aku tak tau macam rasa sakit tersebut, tetapi menurut depa depa yang selalu call aku, depa kata , memang sakit sangat sangat,  ada seorang brader bagi tau, kalau masa sakit tu , berjalan atas pisau pun tak kan sakit, sebab sakit yang teramat sangat. Saya bersimpati dengan derita yang tuan puan alami. Betoi , saya simpati sangat sangat. Sebab atas dasar simpati itu , kadang kadang yang telipon aku dari hospital , katanya , masuk wad sebab sakit, dan ada yang mintak aku deliver ubat pecah batu karang 'Home Formula' ini ke hospital , setelah terjumpa blog ini di google, jadi aku deliver jugak, walau pun ada yang call waktu malam. Ini cuma berlaku di kawasan Lembah Kelang (KL ) saja, tuan tuan yang tinggal jauh jauh jangan pulak call saya mintak deliver jauh jauh, mati ler saya nak deliver jauh jauh, tapi kalau tuan tuan sanggup bayar duit minyak , rasa nya saya boleh delivery jug

Ride Solo ke Trengganu , Kedah

Sekonyong konyong aku duduk duduk, tetiba terasa pulak nak mandi dan berendam di tepi pantai, aku pikiaq pikiaq tempat tempat yang sesuai yang tak ramai orang untuk berendam rendam sambil main ombak. Aku teringat sepupu aku ada menyewa di Marang Trengganu dan di belakang rumah dia tu ada pantai yang cantik dan sunyi ( tidak ada pengunjung luar). Jadi aku pun pack sikit pakaian dan khemah , yer .. khemah .. aku bercadang nak tidor tepi pantai sambil mendengar bunyi ombak.. yes !!.. Aku bercadang untuk kesana menggunakan jalan lama, route yang akan aku ambil, dari USJ ikut hway karak, exit di Karak dan ikut jalan lama ke Kuantan.  ok ni dah sampai ke tol Bentong..  Cuaca hari tu agak panas bila aku mula trip dari rumah . Oleh kerana aku tidak nak rush kemana mana jadi aku naik secara santai saja, ada kala, moto kapcai pun boleh potong,, lantak laa kalau hangpa nak laju ,,,aku memang nak relax habis.. Kenderaan di jalan 'lama' ni memang tidak banyak, mungkin orang bany

My cloud

Haghi ni aku nak cerita sikit pasai teknoloji. Aku ghasa ghamai oghang laa ni yang ada dok simpan gambaq gambaq dalam bentuk digital. Aku tok sah dok explain kot menatang apa digital tu .. aku ghasa ghamai yg tau. Laa ni dgn teknoloji canggih , oghang dah makin suka ambik gambaq, silap sikit tekan, silap sikit snap sana snap sini,ada tu main tangkap saja , tak gadoh dok peghembang dah btoi kaa dak posisi , lighting ok kaa dak, pasai dah free, ambik saja dulu , kalau tak suka boleh delete kemudian. Enough beletiaq noo.. apa masalah bila kita ada gambaq byk? .. tentu masalah nak simpan dan juga nak tgk balik gambaq gambaq tu. Pengalaman aku, aku dah byk kali dah simpan dlm hard drive lepas tu hard drive tu hilang laa , kdg kdg terlupa, pi delete pulak , pasai space tak cukup. Satu lagi masalah external harddrive ni (yg guna usb).. kdg kdg kita lupa nak eject , lepaeh tu bila nak bukak dah tak boleh... Satu lagu masalah usb connection ni, lama lama dia longgak, cucuk tak btoi sikit t