Skip to main content

Julai 2022 - 2

Ride Solo ke Trengganu , Kedah

Sekonyong konyong aku duduk duduk, tetiba terasa pulak nak mandi dan berendam di tepi pantai, aku pikiaq pikiaq tempat tempat yang sesuai yang tak ramai orang untuk berendam rendam sambil main ombak. Aku teringat sepupu aku ada menyewa di Marang Trengganu dan di belakang rumah dia tu ada pantai yang cantik dan sunyi ( tidak ada pengunjung luar).

Jadi aku pun pack sikit pakaian dan khemah , yer .. khemah .. aku bercadang nak tidor tepi pantai sambil mendengar bunyi ombak.. yes !!..

Aku bercadang untuk kesana menggunakan jalan lama, route yang akan aku ambil, dari USJ ikut hway karak, exit di Karak dan ikut jalan lama ke Kuantan.
 ok ni dah sampai ke tol Bentong.. 


Cuaca hari tu agak panas bila aku mula trip dari rumah . Oleh kerana aku tidak nak rush kemana mana jadi aku naik secara santai saja, ada kala, moto kapcai pun boleh potong,, lantak laa kalau hangpa nak laju ,,,aku memang nak relax habis..
Kenderaan di jalan 'lama' ni memang tidak banyak, mungkin orang banyak yang lebih gemar guna Lebuhraya Pantai Timor kerana boleh naik laju laju.

Bila bontot pun dah rasa sakit .. berenti rehat dulu sambil makan tengahari ..
tak ramai yang singgah disini, cuma ada beberapa lori yang datang berhenti selepas aku ..
Semasa makan, ada juga yang bertanya hala tuju aku, soalan soalan yang memang biasa di tanya seblum ini.

Lepas makan, aku singgah di masjid kampung tu, yang agak tercorok, 
Keadaan masjid agak uzor dan sunyi,..
Lepas sembahyang aku rehat sekejap, kemudian datang seorang brader nak tumpang sembahyang, dia kata dia nampak aku masuk kawasan masjid tadi, dia bertanya kabar dan dia kata dia pun teringin jugak kalau dapat berjalan jalan macam aku naik motor, kemudian singgah masjid masjid. Kata dia lagi, dia dulu masa muda pernah jgak ber bag-pack seluruh malaysia, seronok jgak . tapi sekarang dah tua mungkin tak ada tenaga utk ber bag-pack, mungkin bermotoran lebih sesuai, mungkin satu hari nanti ..

Selesai semua, tergerak semula, cuaca mcm nak hujan, aku sampai ke simpang Gambang, rasanya nak ikut hway LPT pulak untuk jimatkan masa, nasib baik aku guna LPT sebab hujan lebat, selebat lebat sampai tak nampak jalan,  tapi aku terus jgak,  aku redah saja hujan tu tanpa pakai baju hujan.
Lebih kurang 3 kilometer hujan , kws tu tak ada hujan pulak, sudah panas terik, baju dan seluar yang tadinya basah, kering dibadan sebab panas sgt.

 Aku keluar dari LPT di exit Kemaman/Chukai. Sampai di Kemaman, aku ikut jalan alternative ke Kota Bharu/KTerengganu. Memang agak sunyi jalan ini.

Jalan alternatif ni membawa aku ke Kampung Meraga , Kijal. Aku berenti lagi tuk rehat dan minum.

Aku sampai ke Marang dalam pukul 9 malam, terus ke tepi pantai Rhu Rendang , buka kemah disitu. 
disebabkan dah malam, jadi aku tak kisah sangat tempat , janji selamat untuk motor dan juga kemah aku.
Selepas aku siap dirikan kemah disitu, ada seorang penduduk disitu yang datang meninjau, sebab katanya dia nampak cahaya motor masuk ke kawasan situ, aku pun tanya samada boleh atau tidak atau selamat ker tidak berkemah di situ, dia kata memang selamat disitu. kami berborak agak lama juga.

Kebetulan malam tu, malam bulan gelap, aku nampak beberapa orang penduduk situ yang turun kelaut 'menarik pukat' untuk memukat ketam.

Lepas tengah malam aku pun masuk tidor dengan nyanyian ombak dan pasir.. 


Bersambung lagi ... 







Comments

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.