Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Julai 2022 - 2

Kuasa Solar

Percubaan aku utk guna kuasa solar untuk kegunaan letrik dikebun agak kurang menyenangkan. Mungkin kerana kurang bateri dan juga solar panel yg tidak mencukupi. kali ini, dengan modal tambahan, aku membeli 4 solar panel, 2 bateri , 1 mppt charge controller dan 1 ups inverter dan juga 1 generator kuasa petrol sebagai bantuan. Tangki tangki air pun aku sudah ubah ke tempat yang lebih selesa supaya dapat menampung air yang lebih efisen. Aku juga sudah menggali satu telaga sedalam 40kaki. Asalnya kontrektor berjanji untuk korek sedalam 60 kaki, tapi cuma berjaya 40 kaki kerana peralatan yang digunakan tidak upaya menembusi batu batu dibawah tanah. I

Masjid Lapan Kubah

Semasa aku sampai di terengganu, masa tu jam dah pokoi 12 malam. Cadang nak cari tempat tepi pantai nak pacak kemah. Mula mula pi ke pantai Air Tawar. Dah pusing pusing, kawasan pun gelap ya amat sangat, nak cari tempat pun tak tau kat mana, aku cuba ke tempat lain ke Pantai Bukit Kluang. Keadaan pun sama. Tak dengaq pun bunyi laut. Keadaan memang gelap sungguh. Masa tu, jam dah pulul 1:30 pagi. Aku pun tak rasa mengantuk lagi. Aku ingat elok laa aku jalan jalan cari rumah sahabat aku, Aziz, riki riki dulu area rumah dia, eaok senang aku nak pi. Dah jumpa rumah dia, patah balik ke arah bandar tu. aku ambik keputusan, untuk stop tidor kat station minyak petronas saja. Kebetulan masa aku stop utk parking kereta, ada jugak lori yang sudah puan landing tidor kat situ. Aku park laa sbelah lori tu. Sampai waktu subuh aku dengar mengaji dari masjid yang dekat situ. Aku pun google untuk cari masjid area situ. Kebetulan keluar dalam list tu Masjid Lapan Kubah tak jauh dari situ. Ok laa, aku tal

Pandan Laut beach resort

 Aku menginap di resort ni atas pelawaan seorang sahabat yg kebetulan pulak tu kenalan kpd tuan empunya resort. Lepas check in, aku maklumkan pada sahabat aku (uma wanmat) dan dia mai sebelah petang. Kami sembang sembang di luar chalet, kemudian empunya resort tu join sekali sebelah malam tu, sembang sembang sampai ke larut malam.  Kebetulan pulak empunya resort tu, kenai kebanyakan rakan rakan sebaya aku semasa diKIK dulu. Jadi tak laa kekok sangat bersembang. Empunya resort buka cerita tentang cerita dia dari mula mula membangunkan resort tu. Pada yg belum sampai ke sini, area ni di panggil Rhu 10. Oct 2020

Coretan Hidup

Hello catitanKu, sudah lama aku tak melawat dan mencoretkan di muka ini semenjak ada  facebook aku lebih rajin kesitu sampai rasa segan dan malas nak coretkan kat sini. Hari ni oktober 22, 2020. Hari ni aku ada di daerah Setiu, di sebuah resort, Pandan Laut Beach Resort. Resort ni cantik dan kemas, tepi laut dan pantai pun cantik. Apa yg menarik pasai resort ni, aku duduk percuma. Ada sorang sahabat yg dah tempah untuk aku. Rakan satu kolej jugak, nama fb (uma wanmat). Sebenarnya ini pertama kali aku menginap di resort ini. Uma wanmat, kebetulan sahabat rapat empunya resort. Sebenarnya, aku memang nak sangat mai ke terengganu untuk menikmati bunyi ombak mengempas diri ke pantai. Bagi aku, bunyi ombak menghempas ke pantai memberi suatu ketenangan dan kepuasan untuk aku.  Aku lebih suka kalau aku pacak kemah di tepi pantai daripada menginap di bilik chalet. Tetapi mungkin kerana kekurangan kemudahan spt bilik air, jadi terpaksa laa duduk di chalet. Oct 2020