Skip to main content

Julai 2022 - 2

Ride solo ke kuala trengganu

secara kebetulan, kawan kawan sekolah lama sama batch SPM'76 membuat reunion di Kuala Trengganu, jadi aku ambil keputusan untuk ride dari USJ ke Kuala Trengganu. Perjumpaan itu cuma dicadangkan akan diadakan pada hari Sabtu, jadi aku mengambil keputusan untuk bertolak awal sehari (Jumaat) supaya aku tidak tergesa gesa untuk sampai. 
Mula mula sekali aku berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak Shell di Toll Jalan Duta. Pekerja di situ bermurah hati untuk mengambil gambar aku dengan motor . Selepas dah penuh.. masa untuk bertolak, ke Kuala Trengganu ikut Highway Karak->Highway East Coast.

Sudah lebih sejam aku, bontot pun terasa sengal sengal, aku berhenti di hentian sebelah sebelum selepas rnr Temerluh.

Semasa aku berhenti tu, ada seorang lagi biker yg juga ride solo , dengan motor barunya Benelli.
Kami berborak sekejap, tentang motor laa, apa lagi yang biker berborak.

Inilah gambaran hentian sebelah. Setelah hilang rasa kebas bontot,, aku teruskan lagi ..
Bila sampai ke penghujung, aku ada pilihan samada untuk keluar ikut Kemaman atau ikut Jabor , 
Dipapan tanda ni aku berhenti sekejap untuk ambil gambar , dan juga untuk berhenti kasi hilang kebas lagi.. rasa macam nak tercabut pangkal paha .. aku rihat sekejap sambil strechout sorang sorang ditepi highway. Ada jugak kereta yang lalu disitu, agaknya orang dalam kereta tu pikir , " .. tu laa nak naik motor lagi .." ..

Walau macam mana pun, ride tetap kena teruskan ..
Jalan Jerangau- Jabor memang amat menyeronokkan terutama selepas highway yang menjemukan.

Kemudian aku singgah lagi di salah satu masjid untuk sembahyang zohor , aku sudah termiss waktu jumaat.
Dimasjid ini aku nampak ramai jugak orang orang yang berkeluarga singgah untuk sembahyang dan membuka makanan bekal yang dibawa . Aku teringat masa dulu dulu, bila kami travel , kami akan bawa masakan dari rumah untuk jimat perbelanjaan.


Akan Bersambung ...

Comments

Popular posts from this blog

Grab Uber

Laa ni ghamai dok buat part time bawak grab dan uber untuk duit tambahan belanja rumah Kawan kawan yang dok buat depa habaq boleh laa dapat dua ratus ke tiga ratus sehari , tuu pun kira bawak dari pagi sampai petang .

Keghja daghi ghumah (Work From Home )

Haghi ni aku tak pi keghja pasai sakit peghut. agak kemaghin aku masak sambal kurang masak betoi kot. bini aku pesan, kalau nak sambal kena tumeh sampai pecah minyak baghu laa elok. Tapi mana ada masa nak tunggu sampai pecah minyak .. lambat laa. Satu yang seghonok di sini (US) , kalau kita sakit kita habaq dekat boss kata kita tak pi opis , kita habaq kita keghja dari ghumah saja, tak gadoh nak pi jumpa tuan doktor mintak MC, depa main percaya saja. Tapi aku ghasa kalau di Malaysia boleh amal mcm nii alamat laa opis tak dak oghang, semua nanti bagi alasan keghja daghi ghumah,, balo'q liat semua !!. Tapi ... keghja daghi ghumah nii bukan senang jgak, kena banyak disiplin dan sabaq, pasai banyak sangat yang dok kacau, sat lagi posmen mai ketuk pintu, oghang FedEx laa, UPS laa, ada yang nak tanya jalan pun ada, tukang baca meter laaa .. adooii mcm mcm. Sebut pasai keghja daghi ghumah nii bukan semua jenis keghja jgak yang boleh buat mcm tuu, tapi mcm keghja aku tak paa la.. yang pen

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.