Skip to main content

Julai 2022 - 2

Raya Aidil Fitri 2012

Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini di tempat sendiri di USJ 3 Subang Jaya, tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul untuk menyambut Aidil Fitri bersama sama. Tidak seperti tahun tahun lepas kami beraya di luar negara selama 13 tahun.
Dipagi yang mulia ini aku mendoakan supaya Allah mencucuri rahmatNya kepada arwah kedua dua ibu dan bapa yang telah kembali ke hadrat Ilahi.

Seperti biasa, aturcara hariraya akan dimulai dengan me'nyorok' masakan isteri siapkan, terasa janggal pulak makan pagi pagi nih setelah sebulan tidak me'nyorok'.
Lepas itu akan ke masjid yang terdekat, iaitu Masjid Annur di USJ4, yang cuma sepelaung saja dari rumah.
Ramai juga aku tengok jemaah jemaah masjid ini dipagi raya ini. Mungkin ramai yang senasib dengan aku yang sudah tidak ada 'kampung' lagi untuk balik beraya, jadi mengambil keputusan untuk beraya tempat orang yang sudah pun jadi 'kampung halaman' sendiri.

Aku dapat rasakan sedikit kelainan bila beraya ditempat sendiri ini, tidak sperti kami beraya diluar negara dimana setiap akan membawa juadah bersama sama ke masjid untuk dinikmati bersama sama selepas sembahyang. Disini, nampaknya semua orang datang dengan tangan kosong.

Lepas sembahyang

Comments

Popular posts from this blog

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.