Skip to main content

Julai 2022 - 2

The very unfortunate week

Minggu lepaeh ..aku ghasa minggu yang paling tak seronok dan unfortunate bagi aku. Bukan nak kata malang.. tapi sipi sipi laa.
Mola mola, menejar di tempat aku keghja tu pokoi telepon habaq kata komputer di opis depa crashed, data hilang, engineer mai pun tak boleh nak ON guna backup tape.. bad news aku habaq dekat depa. Bad news utk depa mean good news kat aku .. dapat extend kontrek lagii.. tapi aku tak cakap macam tuu laa.. saja nak buat buat simpati konon..heheheh nak idup bebbbb !!!.
Engineer pun koghek laa tape tape yang backup tuu...dapat laa guna satu tape nii ..tahun 2004 ..masya allah .. lama tuu, 4 tahun dulu. Aku kena pulun sikit laa nak pulehkan sistem back to normal capacity.
Habeh dah kesah tu, mai pulak kesah lain, bila balik ghumah aku pulak lupa nak cabut GPS (Global Position System) aku dari cermin kereta. pasai kepala dok tengah weengg .. bila aku balek ke kereta tengok cermin pulak kena pecah..depa dah kebaeh aku punya GPS tuu ..laa satu hal laa pulak. Nak kena beli ceghmin kereta dan GPS pun nak kena ada jgak.. kalau tak menatang tuu alamat sesat lepaeh mana mana hala, dah laa jalan di New Jersey pun seghabut. Nasib baik laa ada sorang minah nii dia kenai kawan dia. minta tolong kawan dia caghi cermin di tempat kereta potong.. laa nii dah settle dah.. ceghmin pun dah tukaq ..beli GPS lain.. haa padan muka aku.
Laa nii menatang GPS nii mmg satu benda keperluan dalam kereta. bukan apa !!! senang kalau nak pi mana mana.. contoh kita nak pi kedai pak mat .. kita masukkan alamat kedai pak mat lepaeh tuu tekan butang.. pi situ .. GPS ni pun akan habaq .. kona kiri, kona kanan, pusing .. sampai kedai pak mat.. mcam tuu laa lebih kurang.
ok.. wasalamm

Comments

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

julai 2022 - 1 ke Tioman

​salam julai- anak anak ajak menikmati keindahan alam di pulau Tioman. Anak anak yang uruskan semua urusan perjalanan dan penginapan. Bertolak dari rumah awal pukul 4 pagi untuk catch up ferry jam 10 pagi ke Tioman.  Separuh perjalanan, singgah dulu di bandar Kluang, Johor Cadang nak breakfast di kedai makan di stesen keretapi Kluang, tapi ramai sungguh orang disitu. Kami ambik keputusan untuk bungkus saja untuk jimatkan masa.  Dah sampai di jetti Mersing, tunggu feri ke Tioman pulak. Ramai jugak orang hendak kesana. Penuh sarat dengan penumpang dimuatkan kedalam dua buah ferri.