Skip to main content

Julai 2022 - 2

Panic

semenjak dua tiga hari ni, tak dak cerita lain, semua cerita pasai duit, duit , ekonomi, politik. pi laa website mana pun semua dok cerita pasai nak kuasa, gila kuasa, pasai duit .. sapa tak mau duit dakk !!!.
kalau ingat balik dalam 11 tahun dulu masa aku mula mula mai sini.. masa tu minyak petrol dalam 80 sen satu gelen. satu gelen bukan satu liter. bubuh penuh tangki kereta baru dalam $20, tu pun dah kira banyak dahh. tapi laa nii dah mahai. tapi satu yang menarik di US nii,, harga minyak petrol tak sama antara satu gas stesen dengan satu gas stesen. depa sini betoi betoi amalkan free-market. sapa ghasa nak juae harga murah boleh bubuh harga murah. sapa ghasa nak juae mahai bubuh laa harga tinggi. Jadi bila masa tangki minyak dah kosong.. nak isi minyak nii mcm satu treasure-hunt pulak . kena drive kelilin satu kampung cari stesen yang harga paling murah.
tapi kadang kadang kita lupa , pasai nak harga murah kita kena drive jauh. pada hal minyak dan masa yang kita habis dah lebih dari harga minyak yang murah yang kita dok pulun nak jimat.
pi mai pi mai ..tang tu jgak. telan mati , luah pun mati.
kalau kereta pakai tenaga matahari tak gaduh nak pi isi minyak dah kot.. tapi nanti ada laa pulak makhluk yang dok pi tahan cahaya matahari pulak!! .. bisnes baru.. juae cahaya matahari ..

Comments

jelikweyh said…
jual cahaya matahari ??? en xan wat ler dulu ... heheh

klu kt MAS , rs2 nyer TNB akn byr blk kpd sesaper yg pki tenaga solar kt umah ... x pasti sgt r en xan
Cookie Monster said…
Salam uncle zan, rasa2 tak jadila pi Chicago. Dah dapat universiti kat Missouri plak.
xan said…
elok laa tuu.. mana mana pun sama yg penting kita tak lupa tujuan asal kita ..
xan said…
ada orang kata .. it is not the destination .. it is the journey ..

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.