Skip to main content

Julai 2022 - 2

Musim Luruh dah jengoi


Ceghita bejalan aku di beghentikan untuk sementara, sebagai tanda simpati aku pada mangsa mangsa bah di Kedah dan jugak Perlis. Bah ni bukan perkara baghu bagi kawasan kampung kak aku yang dok di Empa, satu kampung dekat dengan Wang Tepus. Kadang kadang depa kata, hujan tak dak, ribut tak, tiba tiba ayaq naik, sampai tenggelam semua bendang dan juga kampung kampung yg di kawasan ghendah. Depa kata ni memang biasa pasai depa kata oghang lepaeh ayaq dari Nami. Tapi tak dak oghang nak heboh heboh sangat pasai yang kena bah tu cuma oghang kampung yang dok di kawasan ulu saja. Tapi bah kali ni, kena semua oghang , termasuk yang duduk dipekan dan jugak di rumah rumah taman. Aku ghasa, inilah kesan yang kita terima pasai kita tidak peka dengan alam sekitar. Sungai yang dulu putih jernih, laa ni dah jadi macam warna teh tarik. Sungai dulu mengalir laju, laa ni dah mati. Itu lah negara ku yang tercinta, yang dok ligan ligan nak menjadi negara maju.

Tadi, masa aku dok pi jalan ke masjid untuk semayang jumaat, nampak pokok pokok di kawasan rumah aku dah banyak yang guguq daun, tak lama lagi dogoi habeh laa.

Comments

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.