Skip to main content

Julai 2022 - 2

Perjalanan Ke Arah Barat Bhg III - Tiba di South Dakota

sudah beghenti tiga empat kali di tempat rehat, kami pun sampai di Mt Rushmore, South Dakota. Bagi aku, ni kali kedua kami sampai di Mt Rushmore, kali pertama dulu dalam tahun 2000, aku ghasa macam tak banyak yang beghubah bagi tempoh 10 tahun. Kalau masa aku mula mula mai dulu, GPS aku jadi kacau bilau pasai jalan dia tak update, kali ni pun GPS dia jadi kacau bilau jugak pasai jalan jalan dia tak update, tapi pasai aku dah pernah mai tempat ni, jadi aku buat tak peduli saja arahan GPS tu.






ni kami sampai ke papan tanda 'Welcome To ..' apa lagi... ambik gambaq laa ..
masa ambik gambaq ni, kebetulan matahari dok suluh betoi betoi depan kamera, jadi kena guna flash nak bagi nampak, kalau tak, semua orang nampak gelap

ni laa 4 kepala presiden yang di ukir dibatu di Mt Rushmore, yang memakan masa berpuluh tahun untuk disiapkan.

lepaeh ambik gambaq ..kami pun teruskan journey kami ... Bersambung ...!!!

Comments

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.