Skip to main content

Julai 2022 - 2

Summer Vacation 2010

tahun ni 2010, musim summer serentak pulak dengan bulan puasa. Tapi kami sekeluarga dan jugak Keith + Mass sekeluarga sudah plan nak pi summer vacation. Tapi pasai Keith+Mass pun dah plan nak mai visit kami disini sebelum kami balik ke Malaysia, jadi kami pun tak boleh nak kata apa laa, ikut jugak laa.
Kami punya plan, akan memandu van kami dari chicago ke beberapa tempat disebelah barat termasuk jugak berkemah di Yellowstones dan Lake Tahoe, kemudian kami akan pi singgah di hotel di Anaheim, California untuk 2 minggu sambil berjalan jalan dikawasan berdekatan situ.
Aku akan ceghita sikit sebanyak tempat tempat yang kami pi di blog blog yang akan datang.

gambaq gambaq kami ada jugak anak aku (Aimi Hazwan) yang dok pi bubuh di facebook. Laa nii semua oghang dok pi pelekat macam macam gambaq di facebook.

Comments

Popular posts from this blog

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.

Jadi Host

macam tahun tahun yang sudah sudah, bila sampai musim ghaya , ghamai pelajar pelajar yang akan datang beghaya di rumah rumah pegawai MSD disini (Chicago) dan kebiasaan nya pelajar pelajar ni akan juga datang beghaya ke ghumah kami, walau pun kami tak kerja di MSD. tapi kami tak ambik kisah pasai tu, kami anggap depa ni semua macam anak anak kami jugak. Kesian jugak dekat depa, ada setengah dah lama tak makan masakan mak depa. jadi masa mai ke rumah kami , kami jamu laa depa semua. tak kisah laa sangat pasai duit kupang. Tu pasai ada pelajar pelajar yang dah biasa mai ghumah kami depa tak ghasa segan bila nak makan.

Bulan Puasa

Bulan puasa nii kurang sikit masok ke blog, tak dak masa. siang keja dan kurang energy. mlm pulak kenyang dan mengantuk lagi kurang energy. bulan posa ni, ada kawan kawan yang berminat utk jadi host utk buat tarawih di rumah rumah depa. Jadi aku dan beberapa kawan giliaq giliaq pi ghumah ke ghumah buat tarawih. Buat tarawih di ghumah ghumah ni lagi ok dari buat di masjid, pasai lepas taraweh , boleh makan dan dok sembang sembang dan makan lagi dan makan dan makan dan makan. Masak sama sama, makan pun sama sama. Dalam gambaq ni sdr Azmi tunjuk skill dia masak koew-teow kerang, sdr Fazli jadi apprentice.