Skip to main content

Julai 2022 - 2

Latah

aku tau sangat pasai latah ni, tapi latah ni kita boleh nampak dalam perlakuan oghang haghi haghi, lebih lebih lagi di tempat kerja.
Ada yang jadi latah bila boss depa bagi kerja, ada yang latah pasai boss besaq depa nak mai melawat tempat kerja depa, ada yang latah pasai nak tunjuk yang dia yang lebih buat kerja .. dan macam macam jenis latah lagi. Itu tak termasuk orang orang tua yang melatah lagi.
Aku dengaq dengaq ada ura ura konon nya TPM Malaysia nak mai melawat ke US, jadi masa ni kita boleh tengok macam macam jenis LATAH orang orang yang cuba menunjukkan bakat masing masing samada secagha sedaq atau tak sedaq . Ada yang berbakat untuk melayan, ada yang berbakat untuk berbakti pada masyarakat, ada yang berbakat meraung, menjerit, mengarah, menyuruh dan macam macam lagi. Aku memang suka perhatikan gelagat oghang oghang yang macam ni. Kadang kadang nak rasa tegelak pun ada.
Bila pikiaq pikiaq, pasai apa kita misti berlaku macam tu?, kalau kita ikhlas buat satu satu kerja tu, kita tak perlu berlaku LATAH, melainkan kalau kita dalam keadaan 'desperate for recognition'.

Comments

Detguaq said…
oooiiii mak hang mak hang...

oooiiii mak hang kain telondeh
! eh londeh eh mak hang...eisshhh
1

Popular posts from this blog

Lagi ceghita pasai grabCar - Penumpang Tertinggal Barang.

Hari tu, masa bawa penumpang ke satu destinasi, salah seorang daripada penumpang bagi tau ada orang tertinggal barang di tempat duduk belakang, aku pun ambik barang tu dan simpan dalam glove compartment. Aku pun tak tau sapa yang tinggal benda tu, sebab aku pun tak check tempat duduk bila penumpang turun. Lepas dua hari, aku terima panggilan daripada Customer Service Grab, katanya ada penumpang yang beritahu dia tertinggal barang (PSP ) dalam kereta, aku beritahu CS tu, memang secara kebetulan benda tu ada disitu, dan nasib baik tidak diambil oleh penumpang lain. Aku suruh CS tu beritahu penumpang berkenaan contact aku untuk memulangkan barang yang tertinggal itu. Itu laa serba sedikit yang aku lalui tempohari.

Julai 2022 - 2

​ Sampai di jetti Tekek, kena naik 4x4 merentas bukit untuk ke penginapan Bushman Chalet yang terletak di sebelah timur pulau. Perjalanan dari jetti Tekek ke chalet mengambil masa dalam 20 minit meredah hutan, naik bukit dan turun bukit ke kws penginapan di sebelah timur.

Cycle To Work

Haghi ni aku tak bawak kegheta pi keghja, aku cuba terai kayuh beskal laa pulak, tapi yang jadi masalah , tempat keghja tak dak tempat nak letak beskal, tak kan nak tambat beskal dekat pokok kot. Aku dulu aku tambat kerbau dekat pokok .. last last sekali lagi senang bawak saja masuk pejabat, letak tepi meja ..nah kauuu .. lagi senang.